Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.
Permata chempaka terbahagi kepada tiga jenis iaitu chempaka biasa, Chempaka Kuning dan Chempaka Emas, Chempaka emas adalah yg terbaik dan payah untuk diperolehi, warnanya kuning pekat keemasan, kilauan pancaran api kuning yang kuat dan clarity isi batu yg bersih.
Permata chempaka dipercayai mempunyai aura yang baik untuk therapy kesihatan diri dan aura penarik diri si pemakai / daya pemikat.
Energy Chempaka emas menyamai permata Kecubung Jeli.
Berlian secara umumnya dikenali sebagai raja bagi segala jenis batu permata oleh masyarakat dunia, harganya subjektif ada yang mencecah sehingga jutaan usd, Berlian sejak dari zaman dahulu lagi dipandang tinggi sehingga layak menghiasi mahkota kebesaran raja-raja dan permaisuri.
Pada masa kini mahkota seseorang diukur pada jarinya, melalui cincin yang dipakai, masyarakat dapat menilai status pangkat seseorang individu.
Cincin gabungan 6, 9 dan 12 biji berlian menjadi kegemaran dan pakaian pemilik-pemilik kedai emas. Rekaan Alfero Permata kali ini agak unik, selain gaya mewah dan moden, ikatan kelihatan tegap sehingga menyerlahkan biji berlian itu sendiri .