Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Wednesday 26 June 2013

Cincin Kebanggaan Otai

Delima Burma spesis lombong lama, dah banyak kali bertukar tangan, dan saya entah orang ke berapa pegang delima ni.  Pernah dimiliki otai cina yang mati ditembak dalam pergaduhan di Thailand suatu ketika dulu, beliau sanggup barter trade cincin ni dengan jam Rolex beliau, kemudian jatuh ke tangan Solah (otai besar pasar payang).  

Potongan buah jantan yang sukar diperolehi pada masa sekarang, ada warna awa-awa ungu yang menjadikan nilai delima Burma semakin tinggi, batu tembus cahaya  dengan star yang kuat pada permukaan. Batu bernilai tidak seperti kenderaan, harga tidak jatuh, malah makin tinggi bila berganti banyak tangan.

Rm 5200







Tuesday 25 June 2013

Firuz Lembah - Rare (SOLD)

Firuz lembah dipercayai berasal dari Turki, ada orang panggil firuz Tursina. 

Firuz memang banyak yang sintetik dipasaran. Antara cara membezakan firuz asli dan sintetik ialah, warna firuz sintetik cepat pudar/ luntur jika dipakai lama. Firuz sintetik berbau seperti fiber ketika dicanai dan akan melekat pada terikan magnet.



Batu Jarum Perang

Jarang ada batu jarum perang kebiasaan jarum emas, perak dan hitam


Rm150








Wednesday 19 June 2013

Nilam Ceylon - Koleksi Peribadi

Cuci mata sekaliiii.. hehehe ..Nilam Sri Lanka spesis 'batu air batu" lombong lama , cukup kriteria 4C, Star, air, carat, color dan cut.

Yang special tentang batu ni ialah terdapatnya sebiji logam didalamnya. Umum mengetahui sifat logam bertindak balas dengan suhu, apabila suhu hangat logam akan mengembang dan begitu lah sebaliknya. Tubuh manusia kadang-kadang hangat dan kadang-kadang sejuk secara automatik logam didalamnya akan turut terkesan , dan ini akan mempercepatkan lagi proses evolusi semulajadi batu. Proses evolusi 'Pecah Air' dan 'Penuaan warna" biasanya mengambil masa yang lama bagi sesebuah batu, tapi tidak untuk batu ini kerana ia sudah pun mengalami 'pecah air" sebelum dipakai lagi, sekarang tengah tunggu evolusi penuaan warna sahaja.

Macam setitik air... executive punya batu ni..hehehe

Batu Asli

           Sepertimana yang saya jelaskan berulang kali, batu permata asli memang payah nak dapat yang betul-betul cantik, yakni bersih dari segala, kekotoran, debu, asap, tahi lalat dan kekeruhan dalaman lain. Selagi mana ia bergelar ‘batu asli’ memang tak dapat lari dari sifat-sifat umum 'batu', namun ia tetap ada cahaya, aura dan kelebihan tersendiri yang membezakannya dengan batu sintetik.
           Sifat kekurangan inilah sebenarnya kecantikan yang bukan semua orang pandai melihat dan menilai. Hanya jauhari mengenal manikam.   Kalau kita nak yang betul2 bersih, jernih, warna yang cantik, lebih baik beli batu sintetik, harga pun murah rm5 sebiji dan kita tidak akan mendapat apa-apa manfaat dari kelebihan  batu asli.
             Batu asli perlu diikat cincin dan dipakai dalam tempoh yang lama dan di ‘bela’ dengan baik baharulah ia akan berevolusi peringkat demi peringkat sehingga mencapai kemuncak kecantikan. Kalau nak cari batu asli yang betul-betul perfect memang tak akan sampai ke tangan kita, kecuali kita sendiri yang jadi pelombong.
             Jika kita membuat kajian terperinci, mengapa delima Burma dan Ceylon paling mahal dan mengapa delima Mozambique dan madgascar paling murah dipasaran dunia? sudah tentu jawapannya delima Mozambique dan Madagascar dikenakan berbagai treatment yakni kecantikannya sudah tidak lagi natural
            Delima Burma dan Ceylon walau tidak cantik macamana sekalipun ia tetap bernilai tinggi kerana ia tergolong  dalam natural precious stone yang payah dapat.  Delima Ceylon adalah yang paling payah nak dapat yang original, kebanyakan yang dijual dipasaran antarabangsa ialah high grade sintetik.  

Monday 17 June 2013

Penjagaan Permata

         Seperti mana kenderaan, tanaman dan haiwan peliharaan, cincin dan permata juga perlu dijaga dan dipelihara  dengan baik mengikut kaedah-kaedah tertentu.
          Permata juga perlu di 'bela', ia perlu dipakai, dibawa berzikir, direndam dalam minyak zaitun (olive oil), dan berbagai kaedah lagi, lain orang lain caranya. Ada yang polish permukaan permata dengan kertas tisu ketika ada masa terluang seperti ketika minum di kedai, ada yang tanam permata didalam tanah, dan ada yang rendam permata dalam air zamzam dan sebagainya. 
         Semakin lama permata di 'bela' ia semakin cantik dan menawan. Akan berlaku beberapa evolusi pada permata yang merangkumi tekstur permukaan luar, warna dan isi batu. Evolusi keatas warna biasanya  berlaku perubahan warna yang semakin tua/matang, jarang berlaku perubahan warna yang semakin pucat atau pudar, jika berlaku perubahan warna pada permata yang semakin pudar / pucat ia bermakna permata berkenaan ialah permata sintetik.
         Evolusi keatas tekstur permukaan luar permata pula ialah kelihatan permata seperti 'hidup', seakan-akan basah, lebih licin dan seolah-olah berlendir. 
Manakala evolusi pada isi batu pula dipanggil sebagai 'pecah air", fenomena ni agak payah nak explain, tapi boleh diibaratkan seperti menuang segelas air suam kedalam segelas air teh tarik. Tempoh setiap evolusi pada permata tidak sama bagi setiap orang, ia bergantung kepada banyak faktor seperti keserasian permata dengan pemakai dan tahap penjagaan.

Cincin diatas adalah koleksi kesayangan, selepas di 'bela' dengan baik dan dikeluarkan dari tempat pertapaan cincin, warna permata berubah menjadi semakin tua (masak sepenuhnya), ramai sahabat-sahabat termasuk tuan asal pemilik sebelum ini tak kenal permata yang pernah menjadi miliknya dahulu.

Fuh!! memang dasyat...seperti ikan laga yang di tapa seminggu dalam tanah. Nak jadi sampai ketahap ni bukan susah pun, kene selalu pakai, polish permukaan permata dengan tisu, jaga dengan air zamzam, minyak zaitun dan minyak zatfaran/ candan. Tak jemu dipandang beratus kali, pengubat jiwa ni.

Sunday 16 June 2013




Delima Burma Kod Q1

Cantik.. warna yang lembut, batu telus cahaya dengan berat bersih 15 carat

jarang ada potongan buah yang tinggi, mungkin yang ini yang terakhir

Siapa cepat dia dapat, tak salah melabur dalam sesuatu yang menjanjikan sebuah pulangan yang lumayan, malah berlipat kali ganda...   Rm 450

Thursday 13 June 2013

Batu Baiduri / Diopside Kod Ai 1

Ramai keliru antara baiduri dan nilam hitam walaupun seakan-akan sama ia sebenarnya berbeza, nilam  hitam mempunyai  hardness  9.00  pada skala mohs manakala baiduri 5.5. Dari segi sinar bintang / star,  nilam hitam mempunyai star bercabang 6 manakala baiduri  hanya ada star bercabang 4, banyak lagi perbezaan-perbezaan lain dari segi struktur chemical, corak urat dan isi batu.

51 carat

Wednesday 12 June 2013

Garnet

     Walaupun Garnet tergolong dalam ''semi-precious'' stone/ separa berharga ia tetap menjadi buruan bagi mereka yang tahu kegunaannya dari sudut perubatan. Menurut kajian Color Vibration Therapy (CVT) yang berpusat di USA, Garnet dapat membantu menguatkan tekanan darah rendah.
     Garnet telah dijadikan barang kemas sejak ribuan tahun lampau oleh masyarakat Mesir kuno, Yunani dan Rom, ia dianggap batu pelindung kerana ia dipercayai pada zaman itu bahawa garnet menerangi malam dan menghalang pemakainya dari sebarang bentuk kejahatan. Garnet mempunyai kekerasan yang tinggi dan boleh mencecah sehingga tahap 8.5 pada pada skala mohs.
      Menurut pengamal perubatan melayu, batu asli yang mempunyai kekerasan yang tinggi seperti nilam, delima dan berlian mempunyai kelajuan frekuensi yang tinggi yang menyebabkan kesukaran kepada 'makhluk halus' menguasai jasad pemakai, lebih baik lagi jika batu itu berwarna gelap seperti hitam atau merah kerana ia menyerap cas-cas negetif.
Ini menjelaskan mengapa kebanyakan pengamal perubatan tradisional melayu memakai cincin berwarna merah atau hitam. Mereka yang bekerja di kawasan yang banyak cas negetif seperti di hospital digalakan memakai Nilam Hitam kerana selalu berdepan dengan pesakit yang sudah tentu membawa banyak cas-cas negetif. Pemakaian permata untuk perubatan sebaik-baiknya bersentuhan dengan kulit untuk kesan yang maksimum. Memakai permata berwarna hitam juga merupakan suatu sunah.

100% Natural unheated, upah canai permata untuk Garnet sama tinggi dengan Delima dan Nilam kerana kekerasannya. Ada dua biji sahaja buat masa ni , yang mentah 85.6 carat (Rm 200) dan yang telah dicanai 46.2 carat (Rm250).

Tuesday 11 June 2013




Cambodian Ruby - Last Stock (SOLD)

Delima Kemboja terakhir dalam simpanan

Terdapat kotoran dalam batu, ini salah satu tanda batu tidak dikenakan heat treatment. Batu yang dibakar/heat biasanya bersih dari kekotoran dalaman. Tapi harus diingat tidak semestinya batu isi bersih itu semuanya dikenakan heat treatment
Walaupun batu yang tidak dikenakan 'heat treatment' ada kekotoran dalaman tetapi harganya tetap tinggi dan menjadi rebutan pencinta permata kerana mereka percaya aura batu masih hidup. Batu yang dibakar / heat dipercayai auranya sudah mati.
 Delima Burma kebanyakannya tidak dikenakan treatment sebab itu nilainya tinggi walaupun batu itu berdaging legap / opac. Berbeza dengan delima Mozambique dan Madagascar, harganya lebih rendah daripada Delima Burma walaupun isi batu bersih dan cantik kerana kebanyakan Delima Mozambique dan Madagascar ini dikenakan berbagai-bagai treatment.
 Batu Delima / Ruby Mozambique dan Madagascar ada juga yang bernilai tinggi mengatasi Delima Burma dengan syarat batu itu adalah 100% natural (tidak dikenakan sebarang treatment).

My Golden Diamond Loupe

Diamond Loupe ialah sejenis kanta khas untuk zoom segala jenis permata dan barangan kemas, boleh dikatakan  sebagai senjata yang wajib ada bagi setiap ahli permata.

Top-quality super power diamond loupe, khas untuk ahli permata profesional meneroka permukaan luar dan dalam permata dengan lebih jelas. Ia membawa anda mengembara kedalam dunia permata yang luas. Alat ini juga boleh digunakan untuk menyalakan api melalui cahaya matahari, flexible mudah dibawa kemana-mana. 
Percuma sebuah beg kulit. Boleh diukir nama pemilik pada permukaan loupe. Hubungi tuan blog untuk sebarang tempahan.