Walaupun Garnet tergolong dalam ''semi-precious'' stone/ separa berharga ia tetap menjadi buruan bagi mereka yang tahu kegunaannya dari sudut perubatan. Menurut kajian Color Vibration Therapy (CVT) yang berpusat di USA, Garnet dapat membantu menguatkan tekanan darah rendah. Garnet telah dijadikan barang kemas sejak ribuan tahun lampau oleh masyarakat Mesir kuno, Yunani dan Rom, ia dianggap batu pelindung kerana ia dipercayai pada zaman itu bahawa garnet menerangi malam dan menghalang pemakainya dari sebarang bentuk kejahatan. Garnet mempunyai kekerasan yang tinggi dan boleh mencecah sehingga tahap 8.5 pada pada skala mohs. Menurut pengamal perubatan melayu, batu asli yang mempunyai kekerasan yang tinggi seperti nilam, delima dan berlian mempunyai kelajuan frekuensi yang tinggi yang menyebabkan kesukaran kepada 'makhluk halus' menguasai jasad pemakai, lebih baik lagi jika batu itu berwarna gelap seperti hitam atau merah kerana ia menyerap cas-cas negetif. Ini menjelaskan mengapa kebanyakan pengamal perubatan tradisional melayu memakai cincin berwarna merah atau hitam. Mereka yang bekerja di kawasan yang banyak cas negetif seperti di hospital digalakan memakai Nilam Hitam kerana selalu berdepan dengan pesakit yang sudah tentu membawa banyak cas-cas negetif. Pemakaian permata untuk perubatan sebaik-baiknya bersentuhan dengan kulit untuk kesan yang maksimum. Memakai permata berwarna hitam juga merupakan suatu sunah. |
No comments:
Post a Comment