Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Saturday 30 September 2017

Saturday 16 September 2017

Ucapan Ringkas Akhir Tahun 2017 - PERINGATAN

Assalamualaikum kepada pengunjung blog Alfero permata yang dihormati, lebih kurang 3 bulan lebih lagi kita akan masuk ke tahun baru 2018, menurut ramalan kaji cuaca tuan blog 2018 ni tahun yang tak berapa baik dari segi banyak aspek, kemungkinan tuan blog akan bersara tahun 2018 ni, justeru peminat boleh la berurusan dengan wakil-wakil alfero permata dalam negeri Terengganu ni jika ada hajat di hati.

         Oh ya, sebagai admin, bukan suatu masalah kepada saya untuk meninjau statistik pageview (orang yang memerhati blog ini). Terdapat banyak perisian yang saya boleh gunakan untuk mengenalpasti siapa? dari mana?, telefon jenis apa? nombor i/p computer? Operating sistem jenis apa? facebook dia? bahkan dari negara mana? yang membuka blog ini dapat diketahui dengan mudah, daripada tinjauan secara keseluruhan menurut negara, pengunjung dari Malaysia adalah yang paling banyak, diikuti oleh singapore, Indonesia, Us dan Rusia, terima kasih diucapkan kepada semua negara yang terlibat.
          Yang menjadi persoalan saya ialah dari segi kekerapan membuka blog ni ramai orang yang berniaga dalam facebook, nak kata dia peminat Alfero Permata tak logik, sebab orang ni tak pernah like gambar atau status alfero permata dan wakil-wakil sahabat Alfero permata.
 
         Yang mendukacitakan saya ialah terdapat peniruan daripada individu berkenaan dari segi ciplak idea, design bahkan sampai gaya penulisan. Mungkin seller ni buka blog melalui telefon bimbit, jadi dia tak nampak peringatan tuan blog tentang larangan meniru ciplak semua isi kandungan Alfero Permata kerana ia adalah hak cipta terpelihara.
        Jadi kepada penjual-penjual berkenaan sila ubah setting telefon anda kepada VIEW WEB VERSION, terdapat peringatan tertulis '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak gambar atau design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

          Berniaga tak salah, sebab ia sunah Rasulullah, yang menjadi masalah bila kita tak mampu bersaing secara sihat, tak mampu berdiri sendiri tak mampu mencipta kreativiti diri dan hanya mampu meniru idea orang lain,  perbuatan ini jelas menipu diri sendiri.
        Akhir kata saya memohon ampun jika ada yang terasa, Assalamualaikum w.b.t. 

Thursday 14 September 2017

Jarum Merah Tunggal Sebatang

Belum terfikir lagi untuk jual, salah satu koleksi unik batu bukit dalam simpanan tuan blog

objek seperti ni dinamakan 'alif menegak' / Jarum tunggal, iaitu hanya ada sebatang jarum yang tumbuh secara menegak, ia antara jenis batu bukit yang sering dicari-cari bagi mereka yang mengetahui tentang kelebihan batu alif sebatang, dan menjadi koleksi penggemar batu bukit, kebiasaannya objek alif menegak dalam bentuk jarum hitam, jarang berlaku jarum berwarna emas apatah lagi jarum berwarna merah yang berlubang ditengah-tengah jarum. mungkin akibat biasan cahaya menyebabkan jarum merah ini seperti mengeluarkan cahaya merah / glow

hanya akan dijual sekiranya di tawarkan dengan harga yang tinggi


Wednesday 13 September 2017

Batu Bukit - GK56 (SOLD)

Terpilih, objek karang dalam batu kelihatan hidup, tidak terlalu complex, isi batu jernih putih bersih.





Special Agate - AQ1A

Batu akik 'hati ayam', pelik dengan pamur urat besi seperti batu fairuz, yang istimewanya akik ni bila dipakai dijari orang yang merokok, kesan asap rokok menjadi tawar / kurang mengkhayalkan. Telah diuji keatas 7 orang perokok, Menurut testimoni lain ia juga baik untuk urat saraf. Oleh kerana saiznya terlalu besar, tuan blog mencanainya ke saiz yang sederhana.

Saiz kecil rm250, saiz besar rm450

Wednesday 6 September 2017

Diamond Ring - Rectangle Cut (Offer Akhir Tahun)

Jarang-jarang ada Berlian Asli potongan rectangle

Cara letak batu yang boleh dipuji, dihasilkan oleh tukang berpengalaman lebih 50 tahun.

Simple and elegant

Gambar dengan pancaran lampu kamera




Tuesday 5 September 2017

Bi Color - Ceylon Sapphire 2 (SOLD)

Nilam Cindai Ceylon / Sri Lanka

Perak Aloy saiz 18, Tapak permata dari suasa



Purplish Red - Rare Burma Ruby 7

Delima Burma keluduk / ungu, batu transparent ada star.

Ukiran Bunga Istana, perak aloy, tapak permata dari suasa tulin.

Purplish Red Ruby adalah batu asli, ada sifat-sifat batu seperti isi , inclusion, star ia tak sama dengan Purple Sapphire sintetik yang kebanyakannya batu cutting/ faceted yang dimasukkan warna ungu.

Rm3500

Fairuz Asli - Pameran Penyejuk Mata

Belum terfikir lagi untuk jual,  boleh la buat pengganti walaupun energy dia tak setanding Fairuz lama yang ghaib dari simpanan.

Lambakan Fairuz sintetik dipasaran menyebabkan harga Fairuz asli jatuh dan semakin pupus.

Warna permukaan permata berubah-ubah pada waktu dan keadaan tertentu

Pamur besi / unsur logam yang tinggi mendatangkan warna hijau pada Fairuz.


Delima Burma - KN1Z

Perak Aloy saiz 18, tapak permata dari suasa




Berlian Asli - Top Brilliance

12 biji Berlian Asli / Natural Diamond dengan kecemerlangan api / cahaya tahap tinggi.  

Api Berlian akan berkedipan jika tengok secara zahir, dalam gambar kurang menjadi. Kesan terapi aura batu agak terasa yang ni, hanya mereka yang ahli mengerti rahsia Berlian dan mengapa ianya sangat mahal berbanding permata lain.