Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Saturday, 16 September 2017

Ucapan Ringkas Akhir Tahun 2017 - PERINGATAN

Assalamualaikum kepada pengunjung blog Alfero permata yang dihormati, lebih kurang 3 bulan lebih lagi kita akan masuk ke tahun baru 2018, menurut ramalan kaji cuaca tuan blog 2018 ni tahun yang tak berapa baik dari segi banyak aspek, kemungkinan tuan blog akan bersara tahun 2018 ni, justeru peminat boleh la berurusan dengan wakil-wakil alfero permata dalam negeri Terengganu ni jika ada hajat di hati.

         Oh ya, sebagai admin, bukan suatu masalah kepada saya untuk meninjau statistik pageview (orang yang memerhati blog ini). Terdapat banyak perisian yang saya boleh gunakan untuk mengenalpasti siapa? dari mana?, telefon jenis apa? nombor i/p computer? Operating sistem jenis apa? facebook dia? bahkan dari negara mana? yang membuka blog ini dapat diketahui dengan mudah, daripada tinjauan secara keseluruhan menurut negara, pengunjung dari Malaysia adalah yang paling banyak, diikuti oleh singapore, Indonesia, Us dan Rusia, terima kasih diucapkan kepada semua negara yang terlibat.
          Yang menjadi persoalan saya ialah dari segi kekerapan membuka blog ni ramai orang yang berniaga dalam facebook, nak kata dia peminat Alfero Permata tak logik, sebab orang ni tak pernah like gambar atau status alfero permata dan wakil-wakil sahabat Alfero permata.
 
         Yang mendukacitakan saya ialah terdapat peniruan daripada individu berkenaan dari segi ciplak idea, design bahkan sampai gaya penulisan. Mungkin seller ni buka blog melalui telefon bimbit, jadi dia tak nampak peringatan tuan blog tentang larangan meniru ciplak semua isi kandungan Alfero Permata kerana ia adalah hak cipta terpelihara.
        Jadi kepada penjual-penjual berkenaan sila ubah setting telefon anda kepada VIEW WEB VERSION, terdapat peringatan tertulis '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak gambar atau design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

          Berniaga tak salah, sebab ia sunah Rasulullah, yang menjadi masalah bila kita tak mampu bersaing secara sihat, tak mampu berdiri sendiri tak mampu mencipta kreativiti diri dan hanya mampu meniru idea orang lain,  perbuatan ini jelas menipu diri sendiri.
        Akhir kata saya memohon ampun jika ada yang terasa, Assalamualaikum w.b.t. 

No comments:

Post a Comment