Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Tuesday 19 March 2013

Cincin Ibarat mahkota





Pada zaman dahulu mahkota menjadi pakaian pemerintah dan melambangkan kehebatan sesuatu kerajaan, Mahkota diperbuat daripada bahan-bahan terbaik seperti emas, batu permata dan intan berlian . Bahagian dalam mahkota diperbuat dari kain baldu terbaik dan  songket bersulam benang emas serta dihiasi dengan bulu burung chenderawasih. 

Kini peranan cincin dah jadi macam mahkota. Kalau kita pergi ke kedai-kedai atau kilang memproses permata area Thailand mereka akan perhatikan cincin dijari kita. Melalui sekilas pandang mereka dah tau jenis permata yang kita pakai dan seterusnya mereka akan dapat mengagak sejauh mana kekuatan kewangan dan keahlian kita dalam dunia permata. 

Mereka akan memberi layanan yang istimewa dan mempamerkan permata yang baik-baik sekiranya kita memakai permata-permata yang hebat dan ternama.
Begitu juga jika minum dikedai-kedai kopi, mereka yang ahli dalam permata akan menjadi segan sekiranya permata hebat dan ternama berada dijari kita. Mereka dapat mengetahui yang kita bukanlah calang-calang orang.

Sebenarnya memakai cincin bukanlah untuk pangkat dan disanjung semata-mata tetapi ia lebih kepada mengejar kelebihan pahala kerana ia adalah sesuatu yang disunatkan.
Selain itu memakai permata cincin ternama juga merupakan suatu minat dan kepuasan diri seperti mana mereka yang minat menghiasi kenderaan.

Menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk kenderaan tidak salah kerana ia suatu keperluan yang digunakan setiap hari.
Tetapi harus diingat kenderaan yang dibeli akan mengalami kejatuhan harga walaupun ianya dipakai baru sehari. Manakala jika dilihat dari segi kekerapan mengunakan kenderaan pula, jarang pengguna mengunakan kenderaan mereka setiap masa dan sepenuhnya, kecuali pemandu teksi. 

Berbeza pula dengan cincin, tidak rugi berhabis ribuan ringgit kerana ia bergelar barang kemas yang sudah tentu tidak akan mengalami kejatuhan harga menjunam dan dapat dijual kembali pada harga yang lebih tinggi.
Cincin boleh dipakai setiap masa dan ketika, tubuh badan kita akan mendapat manfaat dari nilai kekayaan, kemakmuran dan kesihatan setiap saat dari pemakaian cincin dan permata itu. Ia boleh digunakan sepenuhnya selama mana yang kita mahu hatta ketika tidur sekalipun.

Saturday 16 March 2013

Couple Ring - Siap

Blue Sapphire
Simetri, setiap sudut cincin diukur dengan begitu teliti sebelum kerja-kerja memahat ukiran dilakukan

Thursday 14 March 2013

Nilam Sisik Kelisa 2 / Grey Sapphire

Gabungan warna kelabu, silver dan kuning

Terdapat urat hexagon dan star pada permukaan batu

17.90 carat

Rm300

Monday 4 March 2013

My King Top Grade Burmese Ruby - Not For Sale


Adussss....Sangat jarang ada kualiti macam ni, my friend haja telah pergi sampai ke Ceylon untuk mencari ruby, dah berbagai jenis ruby pernah dia lihat dan jarang dia kata ruby orang lain cantik kecuali yang ini. Agak lama juga lah dia scan. Ruby ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada Solah (Otai besar pasar kedai payang Kuala Terengganu)
Cukup bernas dan menyengat pantulan cahaya merah yang kuat dari dalam batu (Gewang Merah) dan star pada permukaan


Permukaan batu yang berubah-ubah, setelah di "tapa" selama beberapa bulan melalui kaedah tradisional. Auranya menjadi semakin berbisa sampai pemilik asal pun tidak kenal batu yang pernah menjadi miliknya dulu.
Design Rolex gabungan perak Grade A Triple Aloy dan suasa Terengganu, bahagian suasa dipateri sebiji-sebiji supaya kelihatan timbul dan menyerlah