Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Tuesday 28 May 2013

Tempahan Siap Boss

Keadaan cincin sebelum proses memahat ukiran dilakukan

Seni pahat tukang Terengganu kelihatan lebih timbul




Monday 27 May 2013

Permata Jarum Emas Kod A1

Batu Jarum Emas Grade A, spesis jarum emas halus. 

Isi batu yang bersih (tidak keruh), dengan potongan buah jantan. 36.15 carat



Tuesday 21 May 2013

Pengunjung Blog Yang Dikasihi

Kami dalam proses memadam semua gambar item yang telah dijual, kepada yang ingin copy gambar-gambar permata untuk tujuan rujukan boleh melakukannya dalam minggu ini.

Thursday 16 May 2013

Perak 999 Ada Banyak Jenis

Jika emas ada banyak jenis, begitu juga dengan perak. Ada emas merah , emas tua dan emas muda. Lombong emas lubuk Mandi di Terengganu terkenal dengan emas muda. Gambar diatas adalah contoh perak 999 , ia adalah jenis perak 999 murah yang biasa digunakan oleh tukang-tukang cincin. struktur dan tekstur nya agak kasar  dengan warna yang sedikit malap

Ini pun perak 999, jenis ni lebih halus, putih dan harga lebih mahal.

Ini pun perak 999 juga, struktur dan tekstur nya adalah paling halus seperti pasir. Harganya lebih mahal dari perak-perak lain. Kami mengunakan perak jenis ini. Jarang orang guna perak halus ni kerana mahal, tapi bagi kami alang-alang membuat cincin biarlah yang terbaik kerana cincin adalah perhiasan yang melibatkan maruah, citarasa dan kepuasan diri.

Ini salah satu aloy yang memerlukan pembakaran yang mengambil masa hampir dua jam untuk sebati dalam perak.

Salah satu dari tiga jenis aloy yang dicampurkan dalam perak mengikut sukatan tertentu, kalau terlebih atau terkurang, perak akan jadi tidak cantik, justeru ilmu dan pengalaman adalah sangat berharga.

Aloy ni berwarna kuning seperti emas ia digunakan untuk pencerahan dan kilauan perak tapi perlu mengikut sukatan tertentu juga.

ini pula salah satu dari tiga jenis aloy yang digunakan. Ia paling mahal dan jarang orang guna.

Sunday 5 May 2013

Permata Delima Burma Kod C31 - SOLD

Warna cukup tua dan matang cantik diikat dengan emas

Batu telus cahaya dan ada Star


Potongan buah jantan

nampak seperti kecil kerana belum diikat cincin, sebenarnya inilah saiz normal biasa orang pakai buat cincin. Rm 250