Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Wednesday 31 July 2013

Burung Ketitir Putih

Maaf tuan blog lari dari topik sikit kali ni, Burung Ketitir Putih (Albino) sangat sukar diperolehi. Ia sangat jinak dan baik, bermata merah dan berbeza dengan burung Ketitir lain. (serius buyer only)




Wednesday 17 July 2013

Mengembara Kedalam Sebiji Permata


                     Pada bulan puasa tahun ni tak banyak kerja berat yg boleh saya lakukan, nak merantau mencari permata rasanya ini bukan masa yang sesuai. Saya lebih suka membuat aktiviti hobi membersihkan koleksi cincin yang dah tak berapa nak berkilau dan menghayati kesenian permata.
 Terdetik dalam hati ‘Top quality diamond loupe dah ada, apa gunanya kalau tak digunakan’. Dalam sebiji permata terdapat satu dunia lain yang luas yang dapat diterokai dengan 'diamond loupe', ia bergantung pada tahap imiginasi seseorang.
                 Tengah sibuk scan nilam kuning teringat sebiji batu yang paling rare yang saya ada.. iaitu Batu Bukit satu dalam sejuta, iaitu permata quartz yang terdapat sekeping logam berbentuk pentagon didalamnya. Batu bukit ini asalnya besar sebelum dicanai menjadi permata, ditemui oleh sahabat saya ketika berkemah di Gunung Ledang.
                  Tanpa berlengah lagi saye terus scan permata batu bukit yang mengandungi logam yang berkilauan itu dengan Diamond Loupe. Terdetik dalam hati macam mana logam nipis seperti mata pedang itu boleh terbenam dalam quarzta yang rapuh tanpa memecahkannya. Tak mungkin ianya  pyrite (sejenis besi kuning), kebiasaannya pyrite berada dalam batu dalam bentuk cubic ataupun biji-biji seperti pasir.
 Adakah ianya mata pedang Damaskus?.kerana hanya pedang Damaskus dapat menembusi segala jenis batu dan besi.  Mengikut catatan sejarah , Pedang Damaskus adalah tertajam didunia, Saat Perang Salib, pasukan Eropah dikejutkan oleh pedang yg dimiliki oleh pasukan Arab dan Persia atau parsi.
Pedang mereka dengan mudah menembus baju zirah pasukan crusader, bahkan mampu membelah pedang.

                  Pedang Damaskus, terbuat dari besi yang diolah dengan teknik khusus sehingga boleh memiliki permukaan yang sangat kuat dan tajam. Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehingga hanya beberapa keluarga pandai besi di Damaskus saja yang menguasainya, ini juga sebabnya teknik pembuatan baja Damaskus akhirnya punah.

               Hingga kini teknologi metalurgi yang paling canggih pun belum mampu membuat pedang yang lebih tajam dari Pedang Damaskus, ia adalah pedang yg paling tajam di dunia. Selain kuat, baja Damaskus juga sangat lentur sehingga betul-betul sempurna untuk dijadikan pedang atau pisau.
              Pedang ini mampu membelah sutera yg dijatuhkan ke atasnya, juga mampu membelah pedang lain atau batu tanpa mengalami kerusakan samasekali. Sebuah penelitian mikroskopik menemukan bahwa pedang2 ini ternyata memiliki semacam lapisan kaca dipermukaannya. Boleh dikatakan para ilmuwan di timur tengah telah mencapai teknologi nano sejak seribu tahun yg lalu.

Beberapa ahli metalurgi moden mengaku berhasil membuat baja yg sangat mirip dengan baja Damaskus , namun tetap belum berhasil meniru 100%. .

                  Selepas merenung masuk kedalam batu bukit itu agak lama, sy terpandang suatu section dalam batu itu terdapat seperti QR code.  QR Code  adalah Code 2D yang boleh menyimpan data di dalamnya. Ia boleh menyimpan alamat website, alamat email, alamat rumah kediaman, karangan, URL youtube, sebarang nombor telefon dan banyak lagi.
Permukaan besi itu juga sangat pelik terdapat garis-garis halus seperti litar elektronik… adakah batu ini berfungsi sebagai mikrocip zaman purba?

                Mahabaharata dan Ramayana ceritakan berlaku peperangan besar pada zaman purba yang turut babitkan senjata nuklear, peluru berpandu

               DUA epik India kuno, Mahabaharata dan Ramayana yang dipercayai ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu, menceritakan tercetusnya satu kejadian besar pada zaman purba yang benar-benar membuatkan pembaca khususnya penyelidik terpaku kebingungan.

Meneliti baris demi baris dalam cerita panjang yang ditulis pada dua epik berbahasa Sanskrit itu membuatkan penyelidik tertanya-tanya akan kebenarannya dan sehingga kini peristiwa yang terkandung dalam setiap ayat yang tertera pada epik itu masih kekal misteri.

Benarkah perang nuklear sudah tercetus pada zaman India kuno, ribuan tahun lalu? Persoalan itu mendorong kalangan penyelidik untuk mencari logik di sebalik cerita yang ditulis menerusi epik berkenaan.

Malah, tatkala meneliti ayat yang menyatakan peperangan itu turut membabitkan pesawat canggih dan digambarkan seperti jet pejuang dan piring terbang pada masa kini, penyelidik semakin terpinga-pinga kehairanan.

Epik terbabit ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu atau pada 1,500 Sebelum Masihi (SM) tetapi peristiwa peperangan yang tercatat di dalamnya dikatakan berlaku lebih lama iaitu 5,000 tahun lalu.

Mengikut logik akal, keadaan di bumi ketika itu masih terlalu kuno serta jauh daripada perkembangan sains dan teknologi. Pesawat dan jet pejuang yang mampu menembak misil masih belum dicipta ketika itu, apatah lagi teknologi bom nuklear.

Sekiranya berlaku peperangan ketika itu, ia seharusnya membabitkan senjata tradisional seperti pedang, tombak dan panah saja.

Paling dahsyat pun peperangan itu, ia akan kelihatan seperti filem ‘300’ yang mengisahkan peperangan pahlawan Sparta menentang Parsi tetapi era Sparta wujud sekitar 500 SM sedangkan peperangan India Kuno itu dikatakan berlaku lebih lama iaitu lebih 3,500 SM.

Begitulah gambarannya mengikut logik akal tetapi penulis epik terbabit menggambarkan seolah-olah peperangan India kuno yang berlaku itu membabitkan senjata nuklear malah serangan turut membabitkan pesawat yang mampu menembak peluru berpandu.

Lebih membingungkan penyelidik, penulis terbabit menggambarkan keadaan itu bagaikan dia melihat sendiri kewujudan kapal terbang terbabit serta mengalami sendiri betapa dahsyatnya kesan letupan bom paling bahaya itu.

Epik Mahabharata dan Ramayana mengisahkan konflik yang tercetus antara dua sepupu iaitu Kurawa dan Pandawa yang hidup di tepi Sungai Gangga. Perjalanan epik itu juga turut menceritakan dua peperangan hebat yang berlaku antara kerajaan Alengka dan Astina, ketika itu.

Perang kali pertama dicatatkan seperti berikut (terjemahan): “Bahawa Arjuna yang gagah berani, duduk dalam Vimana (kenderaan udara mirip pesawat) dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa (mungkin tembakan atau peluru berpandu) yang dapat menimbulkan sekali gus melepaskan nyala api yang kuat ke atas wilayah musuh. Seperti hujan lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat dahsyat.

“Dalam sekelip mata, sebuah bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk di atas wilayah Pandawa; angkasa menjadi gelap gelita, semua kompas yang ada dalam kegelapan menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dahsyat mula bertiup disertai dengan debu pasir, burung bercicit panik, seolah-olah langit runtuh, bumi merekah.

“Matahari bergoyang di angkasa, panas membara mengerikan yang dilepaskan senjata ini membuat bumi bergoncang, gunung bergoyang, di kawasan darat yang luas, binatang mati terbakar dan berubah bentuk, air sungai kering kontang; ikan, udang dan lainnya semuanya mati.

“Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuat askar musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus.”

Gambaran pada perang kali kedua lebih memeningkan penyelidik lebih-lebih lagi menerusi terjemahan berikut: “Pasukan Alengka menaiki kenderaan yang cepat, meluncurkan sebuah rudal (mungkin sejenis peluru berpandu) yang ditujukan ke kota pihak musuh. Rudal ini seperti mempunyai segenap kekuatan alam semesta, terangnya seperti terang puluhan matahari, kembang api bertebaran naik ke angkasa, sangat indah.

Selesai membaca dan mengkaji epik berkenaan, penyelidik mula menjelajahi bumi India bagi mencari kepastian terhadap cerita yang tertulis itu. Mereka mula menyusuri sepanjang Sungai Gangga bagi mencari kemungkinan adanya tinggalan arkeologi peperangan itu.

Hasilnya amat memeranjatkan penyelidik. Ekspedisi itu menemukan ahli arkeologi dengan banyak kesan runtuhan yang memiliki kesan hangus terbakar di hulu Sungai Gangga. Batu besar pada runtuhan itu terlekat menjadi satu, permukaannya pula menonjol, cengkung dan tidak rata.

Kajian saintifik mendapati proses untuk meleburkan batuan berkenaan memerlukan suhu tinggi melebihi 1,800 darjah Celsius. Dengan kata lain, bara api biasa tidak mampu mencapai suhu setinggi itu dan hanya ledakan nuklear saja mampu mencapai suhu demikian.

Di dalam hutan primitif di pedalaman India pula, penyelidik menemui lebih banyak runtuhan batu hangus. Tembok kota yang runtuh serta tinggalan yang ditemui menjadi seakan kristal dan kaca.

Dalam kebingungan diselubungi enigma, penyelidik berpendapat yang mungkin pada lebih 5,000 tahun lalu sudah wujud suatu peradaban di India yang terlalu futuristik dan maju sehingga mampu membina pesawat perang dan senjata nuklear.

Akan tetapi atas sebab tertentu atau mungkin juga akibat perang nuklear terbabit, peradaban maju India kuno itu lenyap bersama teknologi dan rahsia sains yang dikuasai mereka, sehingga manusia mula menyangka yang dunia purba adalah mundur dan primitif.
Top quality diamond loupe

Terdapat satu bahagian dalam batu yang menyerupai QR Code, entah apa data yang disimpan dalam ni....