Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Sunday 28 April 2013

Wednesday 17 April 2013

Ceylon Blue Sapphire Kod AA1

 Pakar batu dapat mengenal nilam ceylon dengan hanya melihat pada warnanya. Nilam ceylon mempunyai warna biru lembut istimewa yang tiada pada nilam-nilam lain.

Nilam Ceylon cutting semakin sukar diperolehi dan harga pasaran pun semakin tinggi, kalau dalam masa sebulan dua ni tiada stok baru sampai, cincin ni terpaksa simpan buat koleksi dulu.
Dah macam berlian biru, Nilam Ceylon oval cut ni memang cantik, cahaya batu yang terang

Isi batu yang halus dan telus cahaya
 bahagian kuku yang memegang permata diperbuat dari suasa, saiz 18, bahagian tepi cincin boleh dipahat mengikut citarasa pelanggan.



Monday 15 April 2013

Cambodia Ruby

Juga dikenali sebagai delima Pailin / Kampuchea. Warna merah tua
Isi batu seperti delima burma

Rm 350

Saturday 13 April 2013



Cincin Berlian Asli - SOLD

Simple tetapi mengancam, mahkota milik seorang berpangkat Manager. 9 Biji Berlian asli diikat dengan perak aloy emas putih berkuku suasa.


Berlian saiz besar, 3.++. Jarang orang memasang Berlian asli pada logam suasa kerana prosesnya sangat rumit.
Bahagian body cincin tak perlu elaborate sangat supaya berlian asli kelihatan lebih menonjol. Berlian / Diamond dikatakan mempunyai berbagai khasiat menurut kajian saintis, berdasarkan pengalaman sendiri dan mereka yang pernah memakai berlian asli ia memberikan kekuatan pada tubuh badan pemakai.

Monday 8 April 2013

Sunday 7 April 2013

Cempaka Kuning Kod C1 - Rare

Cempaka Kuning terbaik setakat yang saya dapat, Batu transparent dengan warna kuning raja yang terang, isi batu yang bersih dan urat yang cukup halus, 20.3 carat. 

Rm 500