Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Sunday 20 April 2014

Cincin Delima Burma - Diamond 20

Tiada kata selain Cantik... Permata Delima Burma yang cukup kriteria.

Bertatahkan 20 biji Berlian Asli / Diamond. Saiz 17

Rm3000

Tuesday 8 April 2014

Sekadar Cuci Mata

Walaupun Akik/ Agate tidak tergolong dalam precious stone, tapi bagi tuan blog, akik ni sangat bermakna dan berharga kerana imej yang tertera pada permukaannya. Kelihatan imej matahari sedang terbit dari gunung / fajar menyingsing. Akan diikat cincin dengan design Rolex tak lama lagi.

Iron Tiger Eye (SOLD)

Iron Tiger Eye merupakan salah satu jenis permata yang tuan blog sendiri teruja dengan kecantikan dan keunikannya. Cantik dipandang sedap dipegang seolah-olah ada satu tarikan tersendiri pada spesis batu jenis ni yang menyimpan 1001 rahsia. 

Menurut pengalaman sahabat, Tiger Eye dapat menghilangkan rasa serban / kebas pada tangan, melancarkan perjalanan darah dan dapat mematikan pertumbuhan barah payudara yang masih berada diperingkat awal, cara rawatan ialah dengan hanya melekatkan Tiger Eye pada tempat barah. 

Ikatan daripada perak tebal handmade, ukiran Bunga Awan Larat, saiz 19. 

Tempahan Siap Tuan - 761

Hasil seni 'Tukang' Terengganu, corak bunga kelihatan halus,hidup dan timbul, kepakaran Tukang dalam memahat dapat dilihat pada kilauan yang terdapat pada daun-daun bunga.

Wednesday 2 April 2014

Cincin Zamrud Colombia - LLD2 (SOLD)

Macam biasa tiada sebarang lampu Flash kamera dipancarkan ketika shoot gambar walaubagaimanapun  api permata tetap kuat dengan warna yang tua dan meriah.. Cantik buat raya ni..

Lebih menyerlah jika diikat balik buat design Rolex letak berlian asli dua baris kiri dan kanan permata.