Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Monday 29 January 2018

Purple - Blue Ruby T1 (SOLD)

Jarang ada Delima keluduk cindai ungu dan biru saiz besar, melihat kepada beberapa kriteria ia mungkin berasal dari Tanzania.

Batu bergewang dan star

Ukiran Bunga Istana



Zamrud Colombia - Special CEO 7

Cantik dan tegap berada dijari..Warna hijau matang mengatasi hijau traffic light, dikenali juga sebagai hijau kepala itik / velvet green

Walaupun warna tua ia masih memancarkan api dari dalam permata

Permata ditanam dalam body cincin.. suatu kelainan dalam fesyen juga memberi perlindungan maksimum kepada permata

Anggaran berat dalam 3.++ carat lebih, batu jenis labuh bawah. Ada kenalan buka harga zamrud kualiti dan saiz lebih kurang macam ni pada harga rm25k.

Rm4500 

Saturday 27 January 2018

Delima Burma - Stylish 1 (SOLD)

Permata Delima Burma asli, ikatan handmade saiz 18, free resize


Permata kecil di kiri kanan cincin juga dari jenis Delima Burma asli


Tuesday 23 January 2018

Galian Berharga - Delima Burma Mentah Cindai (SOLD)

Segar daripada ladang, selepas dilombong terus diikat cincin

Penuh seni estetika, struktur batu yang unik diikat dengan perak tangkai kendi, Aura batu yang cukup baik, terasa kekuatan auraNya mungkin disebabkan kandungan mineral dan terdapat bijih logam kecil pada permukaan permata.

Sukar didapati kena tunggu tepi lombong, Batu mentah Jenis Burma Cindai boleh dikatakan sebagai rare dan sesuai untuk koleksi.



Delima Burma Pigeon Blood - Rare Batu Lama (SOLD)

Burma Pigeon Blood spesis batu lama isi sangat halus kebiasaannya hanya terdapat pada cincin antik anggaran 180 tahun keatas.

Delima jenis ini juga pernah dipakai oleh moyang kepada moyang saya, tapi sayang ianya hilang dalam simpanan.


Saturday 6 January 2018

Delima Burma - King Size (SOLD)

62.00 carat, warna pink manis sedap mata memandang

Saiz 22

Bahagian tepi cincin boleh dipahat ukiran sekiranya berminat.