Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Friday 23 August 2013

Tempahan Siap

 Jata Negeri Kedah Darul Aman.  Pahatan yang kelihatan timbul 

Gabungan perak Super Aloy dan suasa

Wednesday 21 August 2013

Menjawab Pertanyaan Seseorang - Contoh Batu Tiruan / Sintetik

Warna permata sintetik sangat cantik, terlalu bersih dan terdapat urat retak seribu berwarna putih dan tiada isi batu. Ia tidak akan pecah walaupun dibakar dengan suhu yang tinggi.  Ramai orang tertipu dengan terbeli batu ini, ianya dijual pada harga Rm25 sebiji kat pasar malam. 

Tuesday 20 August 2013

Grayish Blue Spinel Kod QRR 1

Sekali tengok warna macam berlian biru manakala isi batu halus seperti nilam Ceylon. Spinel bukan calang-calang batu, ia pernah bertakhta pada mahkota raja-raja Britain zaman dahulu.

1.6 carat. Rm350

Delima Burma Cutting

Payah dapat Delima Burma cutting, warna cukup tua dengan sedikit warna cindai silver dalam batu.
Contoh ikatan cincin yang sesuai
+- 2.6 carat. Rm300

Monday 19 August 2013

Zabarjad Kod EM5

Warna hijau lumut. Menurut cerita orang tua-tua, zabarjad terbentuk hasil dari mendapan lumut-lumut yang berada didalam sungai selama jutaan tahun. Zabarjad diperolehi dari dalam sungai tigris dan euphrates.

Berat bersih 66 carat

Rm 820

Thursday 8 August 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan kepada semua umat islam dan khususnya kepada semua pengunjung blog Cincinzamruddelima, Alferopermata dan Permataraya 916. Selamat Hari Raya Aidilfitri, dengan segala rendah diri saya memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan keterlanjuran perbuatan mahupun perkataan yang sedar mahupun tidak. Maaf zahir dan batin.
 Jutaan terima kasih juga kepada semua pelanggan, pengunjung blog, dan semua pihak yang telah memberi sokongan kepada kami untuk terus berjaya, tanpa sokongan tuan-tuan sekalian siapalah kami.

Semoga kedatangan syawal kali ini dirai dengan seribu kesyukuran, wassalam

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

Tuesday 6 August 2013

Nilam Hitam Star 12 - RARE

Kelebihan terletak pada star yang bercabang 12, jarang orang jual.

Kebiasaan nilam dan delima hanya mempunyai star 6 cabang. Walaupun isi batu agak kasar tidak menjadi masalah kerana Nilam Hitam bukan dipakai untuk kecantikannya tetapi lebih kepada kelebihan khasiat yang ada padanya.

Rm450

Sunday 4 August 2013

Cincin Pertunangan Tuan Siap - Alfero Permata Crafted In Terengganu

Permata Nilam Royal Blue
Kemas dan tegap, ukiran pada bahagian tepi cincin bermotifkan bunga nanas. Jarang ada orang buat corak bunga nanas sehalus ini.

100% Handmade by our professional

Cincin Perkahwinan Tuan Siap - Crafted In Terengganu

Cincin gabungan perak triple aloy dan suasa Terengganu yang bermutu tinggi.


Friday 2 August 2013

Rolex Design - Crafted In Terengganu

Hasil kerja Tukang professional Alfero Permata Terengganu, Struktur cincin dibina dari gabungan perak triple aloy dan suasa.
Proses membuat design Rolex adalah tiga kali ganda lebih sukar dari membuat design cincin biasa, kerana kami menggunakan teknik pateri satu persatu supaya bahagian rolex kelihatan timbul sebiji-sebiji.

Tempahan Tuan Siap - Crafted In Terengganu

100% handmade, top quality Rolex design
Hasil kerja tukang professional Alfero Permata Terengganu.

Thursday 1 August 2013

Tempahan Tuan Siap - Crafted In Terengganu

Permata Nilam Ceylon bertatahkan empat belas biji berlian asli diikat dengan perak gred terbaik dengan campuran logam istimewa.

Di tempa oleh tukang professional, setiap hasil kerja beliau pastinya berkualiti tinggi serta mempunyai kelainan yang tiada pada mana-mana cincin.

Sampai bahagian dalam cincin di plas dengan licin berkilau.