Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Thursday 28 February 2013

Batu Chenderawasih - RARE

Terdapat imej seperti sayap/ekor burung chenderawasih yang berwarna keemasan dalam batu




Rm 1000

Tuesday 26 February 2013

Akik Imej Seperti Gunung / Teko Aladin (SOLD)

Di suluh dengan lampu telefon bimbit,  terdapat imej Teko Aladin

 seperti gunung

Rm 180

Saturday 16 February 2013

Belajar Dalam Internet Sahaja Tidak Cukup

Baru-baru ini ada pihak yang menafikan keaslian permata marjan alfero permata, saranan kami kepada individu terbabit ialah perlu banyak belajar lagi.  
      Belajar dalam internet setakat lima hingga enam tahun tidak cukup kalau tak turun padang sendiri, berpijaklah dibumi yang nyata bawa permata marjan kami dan bawa permata marjan anda lalu tolak pada kedai emas, saksikanlah yang mana satu kedai emas terima dan yang mana satu kedai emas tolak.

  Permata original iaitu marjan laut merah jarang ada orang jual dalam internet lantaran kesukaran untuk mendapatkannya. 
Berjumpalah dengan orang-orang yang lebih senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia marjan, menuntut ilmu biarlah sampai habis dan jangan pula berjumpa dengan guru yang salah serta berlainan profession.
     Dunia permata sangat luas semakin dipelajari semakin banyak yang tidak kita ketahui. Setakat belajar teori dalam internet atau buku tidak cukup kalau tidak berjumpa sendiri dengan mereka yang benar-benar ahli dalam sesuatu permata.
      Inilah sebabnya mengapa pergaulan dengan masyarakat dari pelbagai lapisan kaum dan backgound yang berbeza sangat penting. Kami sendiri turun padang berkelana segenap ceruk rantau mengorbankan seluruh tenaga, keringat dan masa bertahun-tahun berjumpa dan belajar dari pakar-pakar tanah air dan juga mereka yang datang dari pelbagai pelosok dunia semata-mata untuk menimba ilmu. 
       Kenali dulu siapa tokoh-tokoh dalam dunia permata ditempat sendiri sebelum pergi lebih jauh, kalau di Terengganu jarang ahli permata tidak kenal dengan nama-nama besar seperti Solah, Johan, Ayah Engku, Syed Ahmad, Pak Mat Pulau Duyung, Cikgu Lee dan Cikgu Yie / Azrie, manakala otai-otai Marjan dan Firuz pula seperti Adiputera, Maulana Raden Kasturi dan Sabri Al Banna.
      Berkomunikasi dan berurusan dengan saudagar asing cukup mencabar kesabaran dan memerlukan kepakaran bagi mengelakkan ditindas kerana nilai matawang kita tidak sama dengan mereka, keadaan kadang-kadang menjadi sangat genting. Kalau tak pandai negotiate alamatnya tak boleh berniaga la kita, kalau barang dah beli pada harga yang mahal macamana nak jual murah?. 
        Pernah sekali saya berurusniaga dengan saudagar dari Kampuchea untuk mendapatkan nilam Pailin Royal Blue, harga yang beliau letak sangat tinggi sehingga menyamai nilai sebuah rumah di Malaysia, selepas berbincang panjang barulah beliau menurunkan harga ketahap yang mampu milik. Melalui pengalaman-pengalaman inilah yang mendidik kita mengenai reality dunia yang sebenar dan berpijak dibumi nyata, mematangkan fikiran dan menyumbang kepada pembangunan serta peningkatan kualiti diri.
        Kebanyakan manusia tidak akan menghargai sesuatu permata milik mereka itu ketahap yang sepatutnya biarpun nilainya amat tinggi selagi mereka tidak melalui sendiri pengalaman dan kepayahan untuk mendapatkan sebiji permata itu. 
         Untuk mendapat sesuatu yang menjadi rebutan, berbagai halangan terpaksa dilalui berdepan dengan bermacam karenah manusia, itu belum lagi dikira dari segi pahit jerih melombong permata, kalau tengok pada lombong dia mungkin kita akan berfikir 100 kali sebelum mahu masuk kedalam lombong permata.  Bertuah diucapkan kepada seluruh pelanggan alfero permata.blogspot.com

                     Salah satu lombong delima di Burma


Monday 11 February 2013

Permata Malaysia



Walaupun Batu Bukit/ Quartz adalah permata yang paling tidak popular diperingkat antarabangsa, ia masih mendapat tempat yang istimewa di Malaysia.

 Batu Bukit mempunyai peminatnya yang tersendiri terutamanya di negeri-negeri pantai timur, pertandingan-pertandingan dianjurkan untuk mencari Ratu Cantik Batu Bukit.
Ramai yang tidak tahu Batu Bukit dijual pada harga serendah rm50 dan ada yang  mencecah sehingga puluhan ribu ringgit, yang berharga puluhan ribu tu biasanya dimiliki oleh Big Boss atau Tauke Besar permata area pantai timur.

Cara mengukur nilai Batu Bukit tidak sama dengan batu-batu lain. Soal kejernihan / clarity sangat diutamakan. Batu Bukit yang bernilai tinggi ialah yang jernih dan isi batunya bersih dari sebarang kekotoran dan kabus. Apabila isi batu jernih barulah Nampak jelas imej yang ada didalamnya.

Nilai Batu Bukit semakin tinggi apabila terdapat imej didalamnya seperti imej keris, imej haiwan dan adanya panorama yang cantik seperti taman karang didasar lautan. Lagi rare imej yang berada didalam batu bukit itu maka lagi tinggilah nilainya.

 Kebanyakan batu bukit di Malaysia dicanai dalam bentuk cabochon supaya imej yang berada didalamnya kelihatan hidup. Kebiasaannya sebelum proses mencanai permata dijalankan, Pandai Batu akan menilai sejauh mana kecantikan Batu Bukit yang akan  terhasil nanti. 

Hanya batu yang benar-benar cantik dan berpotensi menjadi harga sahaja dicanai menjadi permata, ini kerana proses mencanai Batu Bukit adalah yang paling sukar dan memerlukan ketelitian yang tinggi. 
Oleh  kerana warna Batu Bukit putih jernih, ia akan menampakkan kecacatan yang nyata jika tidak dicanai dengan sempurna justeru mencanai Batu Bukit yang tidak berpotensi adalah perbuatan yang sia-sia.

                       
                     Koleksi peribadi
Yang ini not for sale (kecuali jika ditawarkan dengan harga yang tinggi) satu dalam sepuluh juta, terdapat sekeping logam didalamnya. Ada pendapat mengatakan logam itu ialah Besi Qursani, Besi Melilih, Besi Kuning dan Ibu Besi, masih belum disahkan yang mana satu betul dan apakah kegunaan dan khasiat besi ghaib ini. Yang pasti ianya bukanlah calang-calang besi kerana dapat telus kedalam batu tanpa ada kesan rekahan sedikit pun.

Mungkin mata pedang dewa yang patah ketika bertempur lalu terbenam dalam batu...hehe gurau jer

Kehebatan kuasa tuhan, bagaimana besi berbentuk pentagon ini boleh masuk kedalam batu quartza yang rapuh tanpa memecahkannya? adakah besi yang sifat umumnya keras boleh jadi lebih lembut dari batu?

"…Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia..." (QS Al-Hadid: 25)

 

Monday 4 February 2013

Tak Rugi Membeli Batu Permata



          Membeli batu permata asli merupakan suatu bentuk pelaburan yang hampir sama seperti tanah. Permata asli itu sendiri merupakan suatu elemen dari tanah yang jauh terbenam dalam perut bumi. Dalam lirik-lirik lagu melayu, permata sering digambarkan sebagai sesuatu yg sangat cantik dan berharga malah dalam Al Quran sendiri ada disebut kecantikan bidadari syurga itu digambarkan seperti permata.
             Permata telah menjadi rebutan dan sentiasa dicari-cari sejak ratusan abad lampau. Saya teringat suatu kisah apabila Iskandar Zulkarnain dan bala tenteranya menunggang kuda disuatu negeri yang gelap gelita dan merbahaya, terdengar suatu bunyi yang pelik ketika kuda berjalan. Tentera bertanya “bunyi apakah itu? “Iskandar menjawab “itulah sesuatu yang bila kamu ambil kamu akan menyesal dan jikalau kamu tidak ambil pun kamu tetap akan menyesal. “ lalu ada tentera yang mengambil benda itu dan ada yang tidak mengambil. Setelah Iskandar dan tenteranya keluar dari negeri itu, mereka pun melihat apa yang mereka telah ambil, rupa-rupanya ia adalah batu zamrud dan delima. Yang ambil batu itu menyesal kerana ambil sedikit dan yang tak ambil lagi la menyesal.
                Walaupun saiz nya kecil tetapi nilainya sangat tinggi dan ada yang sehingga melangkaui harga sebidang tanah.. Begitulah hebatnya permata itu bagi mereka yang pandai menilai.
Jika dilihat kepada graf atau statistic harga Sebidang tanah akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa dan tak akan jatuh begitu juga dengan permata, Ini kerana ia adalah barang terhad.  Ia tak sama dengan telefon bimbit atau kereta yang mahal.  Telefon bimbit jika telah kehabisan stok pada hari ini, esok lusa manusia masih boleh menghasilkannya dalam jumlah yang banyak tetapi batu permata jika telah kehabisan stok bererti habislah ia. 
 
           Selain permata emas juga dikenali sebagai sesuatu yang amat bernilai, tetapi semahal-mahal emas ia tetap digunakan untuk menjunjung tinggi sesebuah permata. Ini jelas menunjukkan kedudukan permata itu yang jauh lebih tinggi daripada emas.
Apabila anda membeli permata asli bermakna anda membeli batu dan bukannya kaca. Bila sebut batu sudah pasti sifatnya juga seperti batu, ada isi, ada urat batu, ada debu, asap dan teksturnya berlubang-lubang. 

             Ada batu yang cantik dan ada juga yang tidak cantik ia adalah lumrah alam, sama juga seperti manusia ada yang cantik luaran ada yang cantik dalaman ada yang cantik budi pekerti ada yang cantik tingkah laku ada yang manis ada yang sejuk mata memandang malah kecantikan itu sendiri amat luas dan ia bergantung kepada kepandaian mereka yang pandai melihat.  Walaupun anda membeli batu yang tidak cantik ia tidak mengapa kerana anda membeli ‘’ Batu’’. Sifat tidak cantik dan tidak sempurna itu adalah normal selagi mana ia bergelar batu. Memiliki batu yang tidak cantik adalah lebih baik dan bermakna dari memiliki kaca yang cantik tetapi penuh dengan kepalsuan. 

           Zaman sekarang banyak batu high grade sintetik (batu buatan manusia yang seakan-akan asli). Ada juga batu asli yang dikenakan berbagai treatment, glass filled, dibakar (heated) dan sebagainya dengan tujuan untuk mencantikkan lagi batu asli itu. Kesan dari berbagai treatment ini menyebabkan aura permata itu mati dan tidak lagi asli. Permata asli yang tidak dikenakan sebarang treatment akan kelihatan cantik dan berubah-ubah auranya pada waktu-waktu tertentu, suhu dan ia bertindak balas dengan haba dari tubuh badan pemakai. 
        Kami di alfero-permata.blogspot.com dan cincinzamruddelima.blogspot.com menawarkan permata yang mampu milik sesuai dengan harga dan kualitinya, tidak seperti sesetengah pihak lain yang menjual permata dengan kualiti yang sama tetapi harga melambung sampai berbelas ribu ringgit. 


Bahagian bawah permata delima burma yang berlubang-lubang adalah lebih baik dari yang dikenakan glass filled.