Baru-baru ini ada pihak yang menafikan keaslian permata marjan alfero permata, saranan kami kepada individu terbabit ialah perlu banyak belajar lagi.
Belajar dalam internet setakat lima hingga enam tahun tidak cukup kalau tak turun padang sendiri, berpijaklah dibumi yang nyata bawa permata marjan kami dan bawa permata marjan anda lalu tolak pada kedai emas, saksikanlah yang mana satu kedai emas terima dan yang mana satu kedai emas tolak.
Permata original iaitu marjan laut merah jarang ada orang jual dalam internet lantaran kesukaran untuk mendapatkannya.
Berjumpalah dengan orang-orang yang lebih senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia marjan, menuntut ilmu biarlah sampai habis dan jangan pula berjumpa dengan guru yang salah serta berlainan profession.
Dunia permata sangat luas semakin dipelajari semakin banyak yang tidak kita ketahui. Setakat belajar teori dalam internet atau buku tidak cukup kalau tidak berjumpa sendiri dengan mereka yang benar-benar ahli dalam sesuatu permata.
Inilah sebabnya mengapa pergaulan dengan masyarakat dari pelbagai lapisan kaum dan backgound yang berbeza sangat penting. Kami sendiri turun padang berkelana segenap ceruk rantau mengorbankan seluruh tenaga, keringat dan masa bertahun-tahun berjumpa dan belajar dari pakar-pakar tanah air dan juga mereka yang datang dari pelbagai pelosok dunia semata-mata untuk menimba ilmu.
Kenali dulu siapa tokoh-tokoh dalam dunia permata ditempat sendiri sebelum pergi lebih jauh, kalau di Terengganu jarang ahli permata tidak kenal dengan nama-nama besar seperti Solah, Johan, Ayah Engku, Syed Ahmad, Pak Mat Pulau Duyung, Cikgu Lee dan Cikgu Yie / Azrie, manakala otai-otai Marjan dan Firuz pula seperti Adiputera, Maulana Raden Kasturi dan Sabri Al Banna.
Berkomunikasi dan berurusan dengan saudagar asing cukup mencabar kesabaran dan memerlukan kepakaran bagi mengelakkan ditindas kerana nilai matawang kita tidak sama dengan mereka, keadaan kadang-kadang menjadi sangat genting. Kalau tak pandai negotiate alamatnya tak boleh berniaga la kita, kalau barang dah beli pada harga yang mahal macamana nak jual murah?.
Pernah sekali saya berurusniaga dengan saudagar dari Kampuchea untuk mendapatkan nilam Pailin Royal Blue, harga yang beliau letak sangat tinggi sehingga menyamai nilai sebuah rumah di Malaysia, selepas berbincang panjang barulah beliau menurunkan harga ketahap yang mampu milik. Melalui pengalaman-pengalaman inilah yang mendidik kita mengenai reality dunia yang sebenar dan berpijak dibumi nyata, mematangkan fikiran dan menyumbang kepada pembangunan serta peningkatan kualiti diri.
Kebanyakan manusia tidak akan menghargai sesuatu permata milik mereka itu ketahap yang sepatutnya biarpun nilainya amat tinggi selagi mereka tidak melalui sendiri pengalaman dan kepayahan untuk mendapatkan sebiji permata itu.
Untuk mendapat sesuatu yang menjadi rebutan, berbagai halangan terpaksa dilalui berdepan dengan bermacam karenah manusia, itu belum lagi dikira dari segi pahit jerih melombong permata, kalau tengok pada lombong dia mungkin kita akan berfikir 100 kali sebelum mahu masuk kedalam lombong permata. Bertuah diucapkan kepada seluruh pelanggan alfero permata.blogspot.com
Salah satu lombong delima di Burma
Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment