Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Tuesday 20 February 2018

Nilam Burma - G69


Nilam Burma saiz besar dan tinggi, batu bergewang dan star kuat, batu kelihatan basah dan berseri.



Delima Burma - HK61 (SOLD)

Perak aloy tebal, berlian di pasak pada jaluran perak yang dipateri pada ikatan supaya kelihatan lebih timbul

Batu besar dan tinggi, warna boleh tahan dah.



Monday 12 February 2018

Rare - Black Sapphire 2

Nilam Hitam plus Delima , 90% batu adalah nilam hitam 10% lagi terdiri dari delima star merah.

Star dwi warna merah dan silver. Koleksi kedua nilam hitam rare tuan blog. Koleksi pertama Nilam Hitam triple star selari yang boleh dikatakan hanya satu dalam dunia. 



Sunday 11 February 2018

Delima Burma Pigeon Blood Cutting - RARE (SOLD)

Top Color pigeon blood, jarang dapat batu cutting cushion cut

Ikatan evergreen tangkai kendi halus, boleh dipakai oleh lelaki atau perempuan, tapak permata dari suasa




Delima Burma - R1

Delima Burma terpilih, warna menarik dan memancarkan api/ cahaya seperti zamrud, fonomena yang jarang berlaku keatas Permata jenis delima.

Kalau tengok secara live atau buat video memang cantik, kalau masuk market antarabangsa ni tak tau lah cecah berapa ribu usd per carat. Layak disimpan sebagai koleksi



Saturday 10 February 2018

Masa Depan Permata Berharga

Menurut mereka yang arif mengenai ekonomi, dunia berada dalam graf recession sekarang, iaitu keadaan urus niaga yang agak perlahan disebabkan faktor-faktor tertentu. Bagi peniaga skala kecil pada musim ini akan menurunkan harga stok untuk mempercepatkan proses perniagaan . Berbeza pula dengan strategi peniaga-peniaga skala besar, pada masa harga jatuh sekarang mereka mengambil peluang berbelanja dan melabur secara besar-besaran. Menyimpan stok yang dibeli murah dalam suatu tempoh tertentu, apabila ekonomi pulih seperti biasa, mereka menjual stok pada harga yang lebih tinggi. Berdasarkan berita terbaru sahabat dari Burma, lombong-lombong permata disana telah pun dibeli oleh salah satu negara kuasa besar dunia, mereka menghentikan pengeluaran permata yang baru dilombong, yang ada dipasaran sekarang ialah permata delima stok lama. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran berita ini, tetapi menyediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik, standby kenaikan harga pada masa akan datang yang disebabkan oleh monopoli. Inilah saatnya peluang keemasan kepada peminat batu berharga menyimpan stok dan melabur untuk masa depan yang cerah. Kami di Alfero Permata hanya menyajikan permata berharga yang layak disimpan untuk koleksi dan berjual beli.