Menurut mereka yang arif mengenai ekonomi, dunia berada dalam graf recession sekarang, iaitu keadaan urus niaga yang agak perlahan disebabkan faktor-faktor tertentu. Bagi peniaga skala kecil pada musim ini akan menurunkan harga stok untuk mempercepatkan proses perniagaan . Berbeza pula dengan strategi peniaga-peniaga skala besar, pada masa harga jatuh sekarang mereka mengambil peluang berbelanja dan melabur secara besar-besaran. Menyimpan stok yang dibeli murah dalam suatu tempoh tertentu, apabila ekonomi pulih seperti biasa, mereka menjual stok pada harga yang lebih tinggi. Berdasarkan berita terbaru sahabat dari Burma, lombong-lombong permata disana telah pun dibeli oleh salah satu negara kuasa besar dunia, mereka menghentikan pengeluaran permata yang baru dilombong, yang ada dipasaran sekarang ialah permata delima stok lama. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran berita ini, tetapi menyediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik, standby kenaikan harga pada masa akan datang yang disebabkan oleh monopoli. Inilah saatnya peluang keemasan kepada peminat batu berharga menyimpan stok dan melabur untuk masa depan yang cerah. Kami di Alfero Permata hanya menyajikan permata berharga yang layak disimpan untuk koleksi dan berjual beli. |
No comments:
Post a Comment