Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Sunday 30 December 2012

Teras Pokok Pulai

Pokok pulai seperti pokok gemunggal, pokok pisang dan betik, ia sangat jarang ada teras. Walaupun saiz pokok sebesar dua hingga tiga pemeluk dan benar-benar tua sangat sukar untuk ditemui terasnya, kalau ditemui teras pokok-pokok ini ia adalah satu anugerah dari Allah s.w.t, untuk manusia manfaatkan. Bahagian teras berwarna hitam legam dan leik (liat) sesuai dibuat permata cincin. Kalau teras pokok gemunggal, pisang dan betik biasa juga kita dengar, tapi teras pokok pulai langsung tak pernah dengar.

Bila sebut pokok pulai teringat kisah seorang pendekar handal zaman dahulu, sangat panjang kisahnya.

Rm150 untuk sebiji permata

Thursday 27 December 2012

Kehalusan Seni Pahat Cincin Tukang Terengganu

Bunga tunduk menyembah bumi.. ukiran kelihatan timbul menyerlah, lembut dan hidup

Tempahan yang baru Siap - Cincin milik sahabat dari dungun

Tak sama dengan cincin lain, Cincin ini diperbuat daripada perak nombor satu dengan campuran logam aloy terbaik mengikut sukatan yang betul menjadikan nya cantik seperti emas putih dan lebih liat . Ini menjadikan kerja-kerja mengikir dan memahat ukiran cincin menjadi bertambah sukar.
Kebanyakan cincin lain diperbuat dari perak tarik yang lebih murah dan tidak dicampur dengan logam-logam aloy bermutu tinggi bagi menjimatkan kos dan mempercepatkan lagi kerja-kerja menyiapkan cincin. Ada dua pilihan dalam menghasilkan sebentuk cincin, 'murah dan cepat' atau 'sedikit mahal dan lambat'. Kami memilih jalan sedikit mahal dan lambat bagi menghasilkan produk yang berkualiti dengan buatan yang kemas pada harga yang berpatutan.

Wednesday 28 November 2012




Pink Agate

Batu akik berwarna merah jambu boleh dikatakan sebagai rare... umum mengetahui kebanyakan batu akik berwarna kuning keruh, hitam dan putih.

Nampak seperti batu buatan tetapi ia sebenarnya adalah batu akik asli.

Rm 180



Wednesday 14 November 2012




Logam Aloy Yang Baru Sampai Dari Luar Negara

Salah satu daripada tiga jenis aloy yang dicampur kedalam cincin perak

Aloy kuning juga dicampur kedalam perak

Ini aloy yang paling mahal, namanya terpaksa dirahsiakan

Suasa terengganu lama digunakan untuk membuat bahagian kuku cincin, warnanya lebih merah dan cantik berbanding suasa lain

Terma Urusniaga



* Sila membuat keputusan yang tetap sebelum membuat sebarang pembelian kerana wang tidak akan dipulangkan kembali sekiranya pembeli berubah hati, walaubagaimanapun pembeli boleh menukar barangan yang dibeli dengan item lain yang sama harga.

* Sebarang tukaran hendaklah dibuat dalam masa tidak lebih dari tiga hari selepas menerima item yang dibeli. Kami tidak akan melayan sebarang pertukaran yang melebihi masa tiga hari dari tarikh penerimaaan produk.

* Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kerosakan permata atau cincin semasa proses pengubahsuaian saiz cincin anda, pembeli dinasihatkan melakukan pengubahsuaian saiz cincin sendiri.

* COD hanya dikawasan Kuala Terengganu sahaja

* Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kehilangan parcel semasa pengeposan.

*Hubungi Mat Farouq dan cikgu Hadzarmi
PENDAFTARAN SSM TR0126336
No 3, Kedai 8 Unit MDM Pekan Bukit Payong, Kuala Terengganu.