Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Thursday, 27 December 2012

Kehalusan Seni Pahat Cincin Tukang Terengganu

Bunga tunduk menyembah bumi.. ukiran kelihatan timbul menyerlah, lembut dan hidup

Tempahan yang baru Siap - Cincin milik sahabat dari dungun

Tak sama dengan cincin lain, Cincin ini diperbuat daripada perak nombor satu dengan campuran logam aloy terbaik mengikut sukatan yang betul menjadikan nya cantik seperti emas putih dan lebih liat . Ini menjadikan kerja-kerja mengikir dan memahat ukiran cincin menjadi bertambah sukar.
Kebanyakan cincin lain diperbuat dari perak tarik yang lebih murah dan tidak dicampur dengan logam-logam aloy bermutu tinggi bagi menjimatkan kos dan mempercepatkan lagi kerja-kerja menyiapkan cincin. Ada dua pilihan dalam menghasilkan sebentuk cincin, 'murah dan cepat' atau 'sedikit mahal dan lambat'. Kami memilih jalan sedikit mahal dan lambat bagi menghasilkan produk yang berkualiti dengan buatan yang kemas pada harga yang berpatutan.

3 comments:

  1. salam wbt...saya ada batu cincin sdiri nk ikar perak dgn encik bole ke...

    ReplyDelete
  2. wsalam wbt boleh tuan..sila sms ke number phone saya

    ReplyDelete
  3. Salam tuan boleh bagi nombor tel tak

    ReplyDelete