Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Wednesday 19 February 2014

Contoh Delima Burma Pigeon Blood - koleksi Sendiri

Permata Delima dikenali sebagai raja bagi semua jenis permata mengikut sejarah. Manakala raja bagi semua jenis Ruby ialah Delima Darah Merpati / Pigeon Blood Ruby, yang ni istimewa sikit terdapat gewang yang memantulkan cahaya merah dari dalam permata, cukup sifat dari segi air, star dan kriteria-kriteria lain sebagai raja permata.

Tak jual lagi buat masa ni, ada kedai emas buka harga sampai Rm10k untuk cincin Delima Burma kualiti macam ni, Cincin Delima kualiti begini juga dipakai oleh seorang peniaga kedai emas yang memiliki lima buah kedai emas, beliau tidak menjualnya walaupun ditawar dengan berapa harga sekalipun.


Tempahan Siap Tuan











Sunday 16 February 2014

Jangan Terpedaya

Melihat kepada fenomena sekarang, ramai peniaga online tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ia sesuatu perkembangan yang baik kerana akan memujudkan persaingan yang sihat dikalangan peniaga. Dalam masa yang sama timbul suatu masalah baru yang mana peniaga menjual permata yang tidak betul.
 Sebagai contoh Delima Madagascar dan Mozambique dikatakan Delima Burma. Nilam sintetik Afrika dikatakan Nilam Ceylon. Ada juga penjual yang mengunakan sejenis alat pengukur hardness dan sejenis test pen yang boleh di setting dan direka khusus untuk menipu. Lampu test pen itu akan menyala sekalipun diuji pada kayu atau kertas. 
Nilam Ceylon dan Delima Burma original mana nak dapat dengan harga murah? Jumlah yang dibawa oleh international supplier luar negara pun sangat sedikit, boleh bilang berapa biji yang ada dan bukan senang nak dapat yang cantik, kalau ada pun tersangatlah mahal harganya, terpaksa bersaing dengan peniaga lain untuk mendapatkannya kadang-kadang tu kena nego sampai 2- 3 jam. 
Terserahlah kepada pembeli untuk berfikir dan membuat keputusan yang tepat, logik ke kalau peniaga tu boleh menjual banyak biji Delima Burma pada harga murah seperti coklat hacks? cara yang mudah mengenal Delima Burma ialah melihat pada warnanya, kebiasaan Delima Burma akan ada sedikit warna purplish.

Saturday 15 February 2014

Melihat Kecantikan Permata Dari Sudut Yang Berbeza

Seperti yang pernah dijelaskan dalam blog lama, setiap jenis permata mempunyai kecantikan dan kelebihan yang berbeza-beza yang menggambarkan kekayaan dan keagungan Tuhan yang maha mencipta.
 Bulan dan Matahari sering digunakan dalam mengambarkan sesuatu kecantikan, kedua-duanya cantik tetapi kecantikannya berbeza. Kaedah 4C sebenarnya cuma asas untuk mengukur kecantikan sesetengah jenis permata sahaja, dan tidak semestinya ia terpakai untuk semua jenis permata.
 Zamrud, Delima, Jade, Firuz dan Batu Bukit dinilai dengan cara yang berbeza-beza. Misalnya Zamrud dinilai dari segi cahaya batu (tidak malap), air dan warna. 
Berbeza pula dengan Delima,  ia dinilai lebih kepada warna yang manis dan gewang. Kecantikan Ruby juga berbeza bagi setiap orang, di Malaysia ramai yang suka kepada Delima Cindai (gabungan warna merah dan silver) berbeza pula dengan luar negara, orang lebih suka dengan 'even color'. Delima yang terbaik pula ialah Pigeon Blood Ruby, soal transparency, inclusion atau api tidak diambil berat sangat untuk permata Delima kerana tersangat jarang ada delima yang betul-betul transparent bebas inclusion dan fire kecuali yang telah di rawat.
 Tentang ada pertanyaan kenapa warna dan kecantikan batu tak sama dan berubah-ubah, jawapannya warna dan kecantikan permata asli memang berubah-ubah selagi ianya natural (tiada sebarang treatment), adakalanya kelihatan seperti biasa dan adakalanya kelihatan terlalu cantik. Ia bergantung kepada keamatan cahaya lampu bilik, suhu badan dan mood seseorang. Sebab itu batu natural lebih mahal kerana selain digunakan sebagai suatu terapi untuk kesihatan diri, kecantikanya juga masih boleh dipertingkatkan lagi jika dipakai lama oleh seseorang. 
 Seperti kecantikan Bulan dan Matahari, Zamrud lebih cantik pada waktu siang, Batu Bukit lebih cantik pada waktu tengah hari manakala Delima lebih cantik pada waktu senja hingga ke malam. 
     Nak tengok kecantikan Delima atau batu apa sahaja tak perlu lah kita sampai duduk bawah matahari, lain lah kalau memang hari-hari kita bekerja dibawah panas matahari. Memadai lah cuma berada dibawah cahaya lampu bilik biasa yang kita duduk hari-hari seperti di pejabatdan dalam rumah. Jika batu yang dibeli kelihatan cantik dalam pejabat dan dalam rumah bermakna cantik lah batu tu.