Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Monday, 4 March 2013

My King Top Grade Burmese Ruby - Not For Sale


Adussss....Sangat jarang ada kualiti macam ni, my friend haja telah pergi sampai ke Ceylon untuk mencari ruby, dah berbagai jenis ruby pernah dia lihat dan jarang dia kata ruby orang lain cantik kecuali yang ini. Agak lama juga lah dia scan. Ruby ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada Solah (Otai besar pasar kedai payang Kuala Terengganu)
Cukup bernas dan menyengat pantulan cahaya merah yang kuat dari dalam batu (Gewang Merah) dan star pada permukaan


Permukaan batu yang berubah-ubah, setelah di "tapa" selama beberapa bulan melalui kaedah tradisional. Auranya menjadi semakin berbisa sampai pemilik asal pun tidak kenal batu yang pernah menjadi miliknya dulu.
Design Rolex gabungan perak Grade A Triple Aloy dan suasa Terengganu, bahagian suasa dipateri sebiji-sebiji supaya kelihatan timbul dan menyerlah

No comments:

Post a Comment