Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
Monday, 25 August 2014
Tuesday, 19 August 2014
Murah Tidak Semestinya Kurang Kualiti Dan Mahal Tidak Semestinya Berkualiti
Dah lama tuan blog tak berbicara sebenarnya, setelah blog Cincin Zamrud Delima ditamatkan riwayatnya rasa dah tiada mood untuk menulis, Tapi kali ni rasanya perlu mengutarakan apa yang terbuku didalam hati sanubari. Ada suatu kisah dalam sebulan yang lepas ada individu yang ingin Swap (tukar barang/ Barter trade) dengan tuan blog. Tapi itu bukan isunya, sistem barter adalah normal dan kami memang mengamalkan sistem barter.
Individu berkenaan ingin swap cincin permata Zamrud yang baru dibeli dari officemate beliau pada harga Rm2400 dengan Cincin Nilam tuan blog yang berharga Rm950.
Dalam sistem barter kita menilai sesuatu barang pada kualitinya bukan pada harga asal ianya dibeli.
Cincin individu berkenaan walaupun dibeli dengan harga yang lebih tinggi tapi pada hakikatnya ia diperbuat dari perak tempatan yang lebih murah, design cincin yang lebih murah bertatahkan pula dengan berlian swiss (bukan Berlian Asli).
Manakala cincin tuan blog walaupun berharga lebih murah hanya Rm950, tapi ianya diperbuat dari perak import yang lebih mahal yang terbukti lebih putih lebih cantik, tumpat dan berat dari perak murah biasa. Ikatannya pula ditempa oleh tukang yang bertaraf professional, ada sedikit gabungan logam suasa ditambah pula dengan Berlian Asli (Diamond).
Persoalannya adakah adil pertukaran yang seperti ini? Dalam hal seperti ini sepatutnya individu berkenaan perlulah menambah sedikit wang kepada tuan blog, tetapi beliau tidak mahu berbuat demikian kerana menganggap cincin beliau lebih berkualiti kerana dibeli dengan harga yang lebih tinggi.
Ok tutup cerita, kita tak boleh salahkan beliau 100% kerana beliau memang bersikap jujur telah membeli dengan harga yang tinggi. Peniaga sepatutnya lebih bertimbang rasa kepada pembeli, tak salah nak letak harga yang tinggi tapi perlulah kene dengan kualiti barang yang hendak dijual. Ada yang jual cincin dengan harga ribuan ringgit tapi yang memalukan ikatan tak mencapai tahap yang sepatutnya malah bertatahkan pula dengan berlian swiss. Akhir kata hamba ingin memohon ampun dan maaf andai ada yang tersinggung.wassalam.

Delima Cindai - Rare 07 (SOLD)
Friday, 15 August 2014
Sunday, 3 August 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)