Asalamualaikum wbt.. salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat dan pengunjung blog Alfero Permata, agak lama tidak update blog yang tidak seberapa ini, kerana tuan blog sedang outstation dan sekarang masih dalam proses rundingan dengan supplier luar negara. Mungkin seminggu dua lagi baru boleh update produk baru. Memandangkan keadaan graf ekonomi yang agak tidak menentu, tumpuan akan diberi kepada permata semi precious dan mungkin blog Permataraya 916 akan diaktifkan kembali. Manakala jualan precious stone berjalan seperti biasa di blog Alfero Permata. Ramai investor mengurangkan pelaburan mereka pada masa ini, bagi tuan blog pelaburan dalam permata harus diteruskan seperti biasa kerana ia bukan pelaburan biasa, it is a precious investment.. ia suatu hobi, rebutan, minat, penghargaan dan juga kepuasan diri kepada mereka yang pandai menilai.