Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Monday, 16 November 2015

Nilam Royal Blue - Precious Collection (SOLD)

Nilam Royal Blue terpilih, isi batu yang sangat halus dan telus cahaya, terdapat garis-garis hexagon dalam permata yang menghasilkan permainan cahaya/ gewang, menyebabkan warna biru tua permata menjadi semakin tajam. Ianya kualiti yang jarang berlaku bagi permata faceted / cutting sesuai dijadikan collection berharga.

Bertatahkan 4 biji Berlian Asli (Diamond) saiz 3.25 dan 3.00. Ikatan diperbuat dari perak aloy, tapak permata dari suasa tulin. Saiz 18/ 19



Nilam Burma 'Air Berlian' - Xclusive 07 (SOLD)

Sukar diperolehi, permata Nilam Burma terpilih dikategorikan sebagai 'Air Berlian' kerana kejernihan isi batu dan pancaran api permata yang mengatasi Nilam 'Air Kristal'.

Bergaya.. direka supaya kelihatan stylo dalam kemewahan.

Ikatan dari perak aloy import, tapak permata dari suasa tulin, bertatahkan 6 biji Berlian Asli. Saiz 18/19



Monday, 9 November 2015

Delima Burma Cindai -06 (SOLD)

Star & hexagon pada permukaan permata
7.90 carat


Delima Burma - 09 (SOLD)

Delima Burma Cindai / Bi Color
-Star dan hexagon pd permukaan permata
- Potongan buah jantan +-40 carat
-Ikatan perak aloy, tapak permata dari suasa
-saiz 19
-ukiran tradisional hand made


Emerald - Diamond 01 (SOLD)

Permata Zamrud Colombia terpilih, Isi batu sangat bersih (air berlian) dengan api permata kuat

Ikatan dari perak aloy handmade bertatahkan Berlian Asli


Monday, 2 November 2015

Blue Sapphire - 02

Permata Nilam asli, warna dan isi batu seakan-akan Nilam Ceylon/ Sri Lanka, Ikatan dari perak ready made

Saiz 18

Rm550

Glowing Emerald - 7 (SOLD)



Zamrud Colombia terpilih, warna hijau redup dengan pancaran api yang kuat dari dalam permata

Api permata lebih kuat berbanding dalam gambar, Ikatan saiz 18 design rolex handmade gabungan perak import dan suasa Terengganu, bertatahkan 4 biji Berlian Asli di kiri dan kanan cincin.