Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Saturday, 31 December 2016

Nilam Ceylon - BL2EU

Permata Nilam Ceylon cushion Cut

Ikatan dari perak dan suasa tulin bersaiz 18

Rm1400

Nilam Burma - Rare Color

Nilam Burma Star warna grey / kelabu dengan potongan buah jantan

Ikatan perak grade A, bersaiz 18



Rich Green Emerald - RL61

Zamrud terpilih warna hijau matang, Design Rolex perak dan suasa bersaiz 18


Buatan yang halus dan kemas
Rm1500

Nilam Burma - BS167 (SOLD)

Jarang dapat, potongan buah jantan, batu jenis panjang telus cahaya.

Ikatan dari perak saiz 18, kuku dari suasa, ukiran Bunga Istana besar betatahkan Berlian Asli.



Saturday, 17 December 2016

Ucapan Akhir Tahun 2016

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera kepada semua peminat dan juga follower setia Alfero Permata, agak lama tak update blog yang tak seberapa ni disebabkan tuan blog terlalu sibuk menguruskan hal2 negara.. hehe gurau jer.. sebenarnya sy sering outstation mencari batuan berharga lagi terpilih untuk disajikan kepada peminat, peniaga dan juga collector setia untuk tahun 2017, persaingan dalam bidang permata dan cincin kini menjadi semakin sengit, menjadikan masa kini seolah-olah begitu suntuk untuk menghasilkan ciptaan seni bermutu tinggi. 
Dalam kehidupan ni saya banyak menggunakan gerak hati dalam menilai sesuatu perkara dan membuat sesuatu keputusan kerana pandangan mata kita sering ditipu oleh lakonan-lakonan dunia, telinga kita sering ditipu dengan puji- pujian yang tidak ikhlas. hanya gerak hati kita dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan kerana dari  cetusan hati sanubari sahaja tidak dapat dimanipulasi oleh anasir2 luar.
Untuk nombor telefon dan wasap terbaru akan saya nyatakan dalam masa terdekat, insyaallah. Manakala produk terbaru akan di uploadkan awal tahun 2017, harap tuan puan dapat bersabar.
Akhir kata saya ingin memohon maaf andai ada salah faham atau terkasar bahasa selama ini.
Assalamualaikum w.b.t.

Wednesday, 14 December 2016

Delima Burma - AKP2

Permata dari spesis Cindai/ Bi color Ruby, boleh dikatakan rare kerana jarang ada cindai transparent dengan warna merah yang agak tua, kebanyakan permata delima spesis bi color ni dari jenis isi opac, kalau ada yang transparent pun kebiasaanya bahagian warna merahnya mesti agak muda.

Saiz 18, ikatan dari perak import, tapak permata dari suasa dan 10 biji Berlian Asli / Natural Diamond