Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Friday, 3 February 2017

Untuk Perhatian Sahabat - ZG36

Zamrud Colombia gergasi 53.40 carat




Rare Cat's Eye - Q921

Pelik, kelihatan seperti permata tiger's eye, tetapi ia sebenarya cat's eye, batu telus cahaya dengan satu garisan star.



Nilam Burma Star Biru - Extremely Rare (SOLD)


Batu Delima dan Nilam adalah dari mineral yang sama cuma warna yang membezakannya, Negara Burma lebih terkenal dengan Delima kerana banyaknya Delima cantik dengan grade terbaik di sana, jarang ada Nilam Burma yang cantik dengan grade baik. Jika ada Nilam Burma kualiti AAA ia boleh dikatakan sangat jarang berlaku.
                                                                Berbeza pula denga Sri Lanka/ Ceylon, ia lebih terkenal dengan Nilam, sangat jarang ada Delima cantik disana. Jika ada Delima Sri Lanka, ia boleh dikatakan rare


Nilam Burma Kualiti AAA, warna biru manis, terdapat gewang terang bercahaya pada permukaan, isi batu yang halus, transparent, yang paling unik ialah starnya berwarna biru, kebiasaanya star berwarna putih. 
                                        yang ni saya dapat special price dari supplier / pelarian bangsa rohingya, sebelum ni ada Nilam kualiti ni di offer oleh bangsa yang satu lagi, harganya cecah rm8000



Berlian Asli - Grade AAA (SOLD)

Mengikut penilaian saya ni adalah Berlian Asli / Diamond kualiti terbaik, setakat ni tak kalah lagi dengan mana-mana berlian lain, warnanya putih cerah, isi sangat clear langsung tiada inclusion, luster / api memancar dengan cemerlang, cutting rare empat segi yang jarang ada.

Baru-baru ni ramai terkena dengan berlian high grade sintetik, iaitu sejenis berlian yang direka hampir menyamai berlian asli, apabila diuji dengan diamond tester, hardness batu naik melebihi 9.00 skala mohs, dalam permata siap ada inclusion/ tahi lalat, cuma cahaya batu ada sedikit keraguan, tidak seperti berlian asli.. dua jenis Diamond tester saya guna menunjukkan ia berlian asli, cara uji terakhir ialah dengan memelas dengan kertas pasir pada permukaan berlian, ternyata bahagian bucu berlian tu termakan/ haus dengan kertas pasir, saya sendiri hampir terkena.

Yang ni confirm asli, ikatan dari perak aloy saiz 18, tapak permata dari suasa solid