Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
Sunday, 31 March 2013
Thursday, 21 March 2013
Tuesday, 19 March 2013
Cincin Ibarat mahkota
Pada zaman
dahulu mahkota menjadi pakaian pemerintah dan melambangkan kehebatan sesuatu
kerajaan, Mahkota diperbuat daripada bahan-bahan terbaik seperti emas, batu
permata dan intan berlian . Bahagian dalam mahkota diperbuat dari kain baldu
terbaik dan songket bersulam benang emas
serta dihiasi dengan bulu burung chenderawasih.
Kini peranan
cincin dah jadi macam mahkota. Kalau kita pergi ke kedai-kedai atau kilang memproses
permata area Thailand mereka akan perhatikan cincin dijari kita. Melalui sekilas
pandang mereka dah tau jenis permata yang kita pakai dan seterusnya mereka akan
dapat mengagak sejauh mana kekuatan kewangan dan keahlian kita dalam dunia
permata.
Mereka akan
memberi layanan yang istimewa dan mempamerkan permata yang baik-baik sekiranya
kita memakai permata-permata yang hebat dan ternama.
Begitu juga
jika minum dikedai-kedai kopi, mereka yang ahli dalam permata akan menjadi
segan sekiranya permata hebat dan ternama berada dijari kita. Mereka dapat mengetahui
yang kita bukanlah calang-calang orang.
Sebenarnya
memakai cincin bukanlah untuk pangkat dan disanjung semata-mata tetapi ia lebih
kepada mengejar kelebihan pahala kerana ia adalah sesuatu yang disunatkan.
Selain itu
memakai permata cincin ternama juga merupakan suatu minat dan kepuasan diri
seperti mana mereka yang minat menghiasi kenderaan.
Menghabiskan
puluhan ribu ringgit untuk kenderaan tidak salah kerana ia suatu keperluan yang
digunakan setiap hari.
Tetapi harus
diingat kenderaan yang dibeli akan mengalami kejatuhan harga walaupun ianya
dipakai baru sehari. Manakala jika dilihat dari segi kekerapan mengunakan
kenderaan pula, jarang pengguna mengunakan kenderaan mereka setiap masa dan sepenuhnya,
kecuali pemandu teksi.
Berbeza pula
dengan cincin, tidak rugi berhabis ribuan ringgit kerana ia bergelar barang
kemas yang sudah tentu tidak akan mengalami kejatuhan harga menjunam dan dapat
dijual kembali pada harga yang lebih tinggi.
Cincin boleh
dipakai setiap masa dan ketika, tubuh badan kita akan mendapat manfaat
dari nilai kekayaan, kemakmuran dan kesihatan setiap saat dari pemakaian cincin
dan permata itu. Ia boleh digunakan sepenuhnya selama mana yang
kita mahu hatta ketika tidur sekalipun.
Saturday, 16 March 2013
Couple Ring - Siap
Thursday, 14 March 2013
Nilam Sisik Kelisa 2 / Grey Sapphire
Monday, 11 March 2013
Thursday, 7 March 2013
Monday, 4 March 2013
My King Top Grade Burmese Ruby - Not For Sale
Cukup bernas dan menyengat pantulan cahaya merah yang kuat dari dalam batu (Gewang Merah) dan star pada permukaan |
Design Rolex gabungan perak Grade A Triple Aloy dan suasa Terengganu, bahagian suasa dipateri sebiji-sebiji supaya kelihatan timbul dan menyerlah |
Sunday, 3 March 2013
Saturday, 2 March 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)