Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Tuesday, 1 October 2013

Tempahan Saudari Siap - Couple Ring - Crafted In Terengganu

Cincin tempahan pasangan dari Selangor Darul Ehsan, Direkabentuk mengikut idea dan citarasa mereka.

Cincin diperbuat dari logam istimewa perak import grade A dengan campuran sejenis logam aloy yang menjadikan cincin lebih tahan lasak dan kelihatan seperti emas putih. Proses melebur perak sahaja memakan masa hampir 2 jam, kebiasaannya perak biasa hanya lebur dalam masa 10 hingga 20 minit. 

Bahagian tepi cincin terpahat tulisan khat jawi nama pemilik dan pasangan. Teknik membuat tulisan jawi pada bahagian tepi cincin berbeza dari kebiasaan orang buat, Kebiasaan orang buat tulisan jawi mengunakan teknik 'pahat tumbuk pasir', kali ini kami mengunakan teknik yang begitu rumit, iaitu 'pateri' tulisan pada bahagian dalam cincin, sebab itu tulisan jawi kelihatan timbul dan kemas. 

Menepati ciri-ciri cincin berkualiti tinggi, sehingga bahagian dalam cincin di plas dan polish sehingga licin berkilau
Cincin permaisuri juga diperbuat dari Zamrud Colombia direkabentuk mengikut idea dan citarasa pasangan.



No comments:

Post a Comment