Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Wednesday 22 July 2015

Asalamualaikum wbt, saya selaku admin blog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua sahabat dan pengunjung blog Alfero Permata.
 Kami juga ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami dalam memartabatkan seni pertukangan barang kemas tradisional melayu.
Tanpa sokongan padu dari tuan-tuan dan puan-puan, sudah pasti kesenian ini akan pudar ditelan zaman dan berkubur dengan sendirinya.
Suasana tahun ini agak kelam kerana kami telah kehilangan dua orang 'tukang' yang berpengalaman, seorang telah kembali ke Rahmatullah manakala seorang lagi bersara awal, mujur masih ada lagi seorang dua 'orang lama', yang masih setia berkhidmat.
Akhir kata terima kasih lagi sekali dan teruskan sokongan anda kepada Alfero Permata. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

2 comments:

  1. selamat hari raya juga admin,
    smorga dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rzeki :D

    ReplyDelete
  2. yer selamat hari raya aidilfitri tuan, terima kasih banyak2 :)

    ReplyDelete