Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Thursday, 30 October 2014

Cincin Zamrud Colombia - Glowing 916 (SOLD)

Zamrud Colombia jenis 'Air Berkaca" yang jarang ada, terpilih dari segi 'Air"/ transparent dan cahaya batunya sangat terang / Glowing

Ketampanannya  memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Ikatan dari perak import bertatahkan 10 biji Berlian Asli (Diamond).



Monday, 27 October 2014

Delima Burma - A7 (SOLD)

Delima Burma terpilih dari segi clarity, color, cut dan fire.

2.30 carat



Saturday, 18 October 2014

Zamrud Colombia - PL6 (SOLD)

Ikatan daripada perak berkuku suasa, dipahat dengan motif Bunga Istana bersaiz besar, saiz 22
Bertatahkan 4 biji Berlian Asli (Diamond) pada empat penjuru permata

Zamrud Colombia 13 carat, potongan buah jantan panjang bersaiz duit 10 sen




Saturday, 11 October 2014

Cincin Delima - Mahadewa 16 (SOLD)

Gila.... Ukiran bermotifkan Bunga Istana memenuhi permukaan tepi cincin dari atas hingga kebawah. Permata dari jenis Delima Keluduk Burma terpilih. Ikatan diperbuat dari perak import yang digabung dengan sejenis logam yang memerlukan pembakaran selama lebih dua jam untuk sebati.

Design Bunga Istana adalah ukiran istimewa dan terbaik kami, ianya yang paling sukar untuk dipahat kerana terlalu halus kelopak bunganya. Kalau tanya ahli pertukangan pahat tradisional, hanya orang gila sanggup membuat ukiran bunga sehalus ini. 



Delima Burma Keluduk terpilih gabungan warna purplish dan silver ada gewang dan star yang kuat pada permukaan permata.
Rm3500

Thursday, 9 October 2014

Wednesday, 1 October 2014

Berlian Swiss Itu BUKAN Berlian Asli / Diamond

Oleh kerana ramai sahabat bertanya dan keliru perihal Berlian Swiss ni terpaksalah tuan blog jelaskan keadaan yang sebenarnya. Berlian Swiss ni merujuk kepada permata kecil yang kelihatan seperti Berlian tetapi ia sebenarnya bukan Berlian Asli /Diamond. Kebiasaannya Berlian Swiss ini diperbuat dari Zircon dan kaca. Ianya dijual pada harga bermula 0.50 sen hingga Rm3.00 sebiji bergantung kepada bahan ianya diperbuat. Permata Swiss ni cuma cantik dipandang tetapi tidak mempunyai nilai pelaburan. Berbeza dengan Berlian Asli / Diamond, menyimpannya bukan sahaja , mendatangkan suatu kepuasan diri pada individu tetapi merupakan suatu bentuk investment jangka panjang dan mempunyai kesan dari sudut terapi kesihatan seseorang.