Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P

Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
'' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero Permata, Jika Tuan-tuan berminat dengan design sesuatu item didalam blog ini hendaklah menempahnya dengan tuan blog sendiri. Dilarang meniru mencetak atau menciplak idea, gambar, design kesemua item dalam blog ini. Sebarang tindakan peniruan/ copy paste ciplak design adalah tidak dibenarkan dan akan mendatangkan saham dosa yang berterusan selagi mana design itu ditiru oleh pihak yang lain pula sepanjang zaman''.

Wednesday, 1 October 2014

Berlian Swiss Itu BUKAN Berlian Asli / Diamond

Oleh kerana ramai sahabat bertanya dan keliru perihal Berlian Swiss ni terpaksalah tuan blog jelaskan keadaan yang sebenarnya. Berlian Swiss ni merujuk kepada permata kecil yang kelihatan seperti Berlian tetapi ia sebenarnya bukan Berlian Asli /Diamond. Kebiasaannya Berlian Swiss ini diperbuat dari Zircon dan kaca. Ianya dijual pada harga bermula 0.50 sen hingga Rm3.00 sebiji bergantung kepada bahan ianya diperbuat. Permata Swiss ni cuma cantik dipandang tetapi tidak mempunyai nilai pelaburan. Berbeza dengan Berlian Asli / Diamond, menyimpannya bukan sahaja , mendatangkan suatu kepuasan diri pada individu tetapi merupakan suatu bentuk investment jangka panjang dan mempunyai kesan dari sudut terapi kesihatan seseorang.

2 comments:

  1. Salam nak tanya, kalau berlian asli kecil yang biasa orang letak di cincin ,dekiling batu zamrud, berapa harga satu bentuk ya?

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam, harga berbeza-beza bergantung pada warna dan clarity, rm20 - 40, sila wasap utk tuan blog. tq

    ReplyDelete