Crafted In Terengganu, '' Kesemua gambar dan design cincin dalam blog ini adalah hak milik Alfero P
Sunday, 30 June 2013
Thursday, 27 June 2013
Wednesday, 26 June 2013
Cincin Kebanggaan Otai
Rm 5200 |
Tuesday, 25 June 2013
Firuz Lembah - Rare (SOLD)
Firuz lembah dipercayai berasal dari Turki, ada orang panggil firuz Tursina. |
Sunday, 23 June 2013
Saturday, 22 June 2013
Wednesday, 19 June 2013
Nilam Ceylon - Koleksi Peribadi
Cuci mata sekaliiii.. hehehe ..Nilam Sri Lanka spesis 'batu air batu" lombong lama , cukup kriteria 4C, Star, air, carat, color dan cut. |
Macam setitik air... executive punya batu ni..hehehe |
Batu Asli
Sepertimana yang saya jelaskan berulang kali, batu permata asli
memang payah nak dapat yang betul-betul cantik, yakni bersih dari segala,
kekotoran, debu, asap, tahi lalat dan kekeruhan dalaman lain. Selagi mana ia
bergelar ‘batu asli’ memang tak dapat lari dari sifat-sifat umum 'batu', namun ia
tetap ada cahaya, aura dan kelebihan tersendiri yang membezakannya dengan batu sintetik.
Sifat kekurangan inilah sebenarnya kecantikan yang bukan
semua orang pandai melihat dan menilai. Hanya jauhari mengenal manikam. Kalau kita
nak yang betul2 bersih, jernih, warna yang cantik, lebih baik beli batu sintetik,
harga pun murah rm5 sebiji dan kita tidak akan mendapat apa-apa manfaat dari
kelebihan batu asli.
Batu asli perlu diikat cincin dan dipakai dalam
tempoh yang lama dan di ‘bela’ dengan baik baharulah ia akan berevolusi
peringkat demi peringkat sehingga mencapai kemuncak kecantikan. Kalau nak cari batu
asli yang betul-betul perfect memang tak akan sampai ke tangan kita, kecuali
kita sendiri yang jadi pelombong.
Jika kita membuat kajian terperinci, mengapa delima Burma dan
Ceylon paling mahal dan mengapa delima Mozambique dan madgascar paling murah dipasaran
dunia? sudah tentu jawapannya delima Mozambique dan Madagascar dikenakan berbagai
treatment yakni kecantikannya sudah tidak lagi natural
Delima Burma dan Ceylon walau tidak cantik macamana sekalipun ia tetap bernilai tinggi kerana ia tergolong dalam natural precious stone yang payah dapat. Delima Ceylon adalah yang paling payah nak dapat yang original, kebanyakan yang dijual dipasaran antarabangsa ialah high grade sintetik.
Delima Burma dan Ceylon walau tidak cantik macamana sekalipun ia tetap bernilai tinggi kerana ia tergolong dalam natural precious stone yang payah dapat. Delima Ceylon adalah yang paling payah nak dapat yang original, kebanyakan yang dijual dipasaran antarabangsa ialah high grade sintetik.
Tuesday, 18 June 2013
Monday, 17 June 2013
Penjagaan Permata
Seperti mana kenderaan, tanaman dan haiwan peliharaan, cincin dan permata juga perlu dijaga dan dipelihara dengan baik mengikut kaedah-kaedah tertentu.
Permata juga perlu di 'bela', ia perlu dipakai, dibawa berzikir, direndam dalam minyak zaitun (olive oil), dan berbagai kaedah lagi, lain orang lain caranya. Ada yang polish permukaan permata dengan kertas tisu ketika ada masa terluang seperti ketika minum di kedai, ada yang tanam permata didalam tanah, dan ada yang rendam permata dalam air zamzam dan sebagainya.
Semakin lama permata di 'bela' ia semakin cantik dan menawan. Akan berlaku beberapa evolusi pada permata yang merangkumi tekstur permukaan luar, warna dan isi batu. Evolusi keatas warna biasanya berlaku perubahan warna yang semakin tua/matang, jarang berlaku perubahan warna yang semakin pucat atau pudar, jika berlaku perubahan warna pada permata yang semakin pudar / pucat ia bermakna permata berkenaan ialah permata sintetik.
Evolusi keatas tekstur permukaan luar permata pula ialah kelihatan permata seperti 'hidup', seakan-akan basah, lebih licin dan seolah-olah berlendir.
Manakala evolusi pada isi batu pula dipanggil sebagai 'pecah air", fenomena ni agak payah nak explain, tapi boleh diibaratkan seperti menuang segelas air suam kedalam segelas air teh tarik. Tempoh setiap evolusi pada permata tidak sama bagi setiap orang, ia bergantung kepada banyak faktor seperti keserasian permata dengan pemakai dan tahap penjagaan.
Sunday, 16 June 2013
Delima Burma Kod Q1
Saturday, 15 June 2013
Thursday, 13 June 2013
Batu Baiduri / Diopside Kod Ai 1
51 carat |
Wednesday, 12 June 2013
Garnet
Tuesday, 11 June 2013
Cambodian Ruby - Last Stock (SOLD)
Delima Kemboja terakhir dalam simpanan |
My Golden Diamond Loupe
Diamond Loupe ialah sejenis kanta khas untuk zoom segala jenis permata dan barangan kemas, boleh dikatakan sebagai senjata yang wajib ada bagi setiap ahli permata. |
Friday, 7 June 2013
Wednesday, 5 June 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)